Pages

Friday, December 08, 2017

Our Baitulmaqdis?

Untukmu jiwa-jiwa kami.
Untumu darah kami.


Untukmu jiwa dan darah kami,

Wahai al-Aqsa tercinta.

Dan this sentence comes into my sense, and my nerves.


“Lihatlah bagaimana Baitulmaqdis yang kita cintakan jatuh ke tangan orang lain”

Sayu kan? Sebak.

Just a sentence, tapi bayangan dan gambaran terhadap sentence tu. Banyak. About my beautiful Islam that I have, until now.

Dan, mungkin aku semakin tak ambil peduli segala isu-isu  yang terjadi dekat islam tu sendiri. *Sebak

Dan, pastinya aku teringatkan semangat-semangat aku dulu. Semangat tu masih ada sampai sekarang, kalau sebenarnya kau kenal aku.

Semangat nak mengangkat senjata untuk Islam.
Semangat nak kumpul ilmu tentera untuk Agama yang aku sayang.
Semangat nak meneruskan usaha Sultan Muhammad al-Fateh.
Semangat nak mengikuti jejak arwah Ahmad Ammar.

Kalau kau singkap apa ada dalam hati aku, kau akan jumpa reason kenapaa aku tolak diri sendiri untuk masuk dalam military training.


Semangat yang: kalau kau datang dan cuba nak masuk hati aku. Kau hanya akan terjumpa segalanya yang ingin diberikan kepada agama.


Bila kau sayang agama kau. Takkisahlah kau seorang penari, penyanyi, skateboarder tegar sekalipun. Kau aka cuba tinggalkan, sikit-sikit. Sebab kau tahu apa tujuan hidup kau__to pleased Allah. Sebab kau taknak dapat status hanya sebagai sisa dunia.

I will arise stronger than before. Aku akan cuba nak capai balik segala impian aku untuk agama Yang satu ni.

Jom, jangan jadi sisa dunia.




Syahid tetap menjadi cita-cita aku,


Izinkan aku,



Monday, November 13, 2017

Masih lagi Bayangan

Harini, quite busy macam biasa. Masuk lab, keluar lab macam biasa. Makcik cleaner yang selalu bersihkan toilet dekat level lab aku pun, dah biasa tengok aku. Baju aku pun, dah bau 70% ethanol. Aku hampir lupa bau perfume aku walaupun sebelum pergi lab mesti aku sembur.

Tadi terbuka satu catatan, draft dalam blog aku yang takterasa nak dipublish. Mengenai persahabatan masa asasi.

Nak cakap, satu benda je yang paling-paling aku rindu. Sumpah rasa rindu yang tak terasa dapat diluahkan. Aku rasa nak peluk sorang-sorang.



*Pejam mata, tarik nafas*


Dan aku mula terbayang.


Aku rindu nak solat jemaah sama-sama, dekat bilik aku. 


Maghrib aku jadi imam, Isyak orang lain imam. Tukar-tukar tanpa perlu buat jadual. Masing-masing dah tahu tugasan masing-masing. Hebatkan siapa yang menyampaikan rasa tu?

Tak lain dan tak bukan, Allah.





Tu jelah, aku rindu korang yang suka dengar suara aku. Hakikatnya, banyak benda yang aku rindu. Tapi yang satu ni, paling terkesan dekat hati. Kau pun tahu kan kenapa jadi antara yang terkesan dekat hati?

Teka.


































Sebab aku dah kurang solat jemaah.


























Aku ada termakan cili ke tadi?











Hati aku rasa sayu. Aku rindu aku. Tapi tu hakikat, sebab tu aku tak malu nak cakap.

Aku ulang, sebab aku dah kurang solat jemaah (i want to keraiiiii why im becomiiiing this fragile). Takkiralah dekat surau, masjid atau pun dalam rumah sendiri. Kecuali kalau ada daurah dan usrah.


Banyak sangat commitments  yang semakin bertimbun nowadays , military trainings pun makin memenatkan. kalau aku masih tak curi masa nak keluar pergi usrah dan daurah? Kau rasa kelautan mana hanyutnya iman aku? Syukur, Dia masih tak jemu nak beri peringatan dekat aku. Entahlah, cakap pasal iman ni aku jadi malu.




Aku rindu nak jadi imam korang.


Aku rindu nak peluk korang lepas solat.


Aku rindu nak tinggalkan air liur aku dekat pipi korang.




Hangatnya silaturahim yang terbina tu. Semoga sentiasa hangat, sampai Allah tarik nyawa yang kita pinjam ni. Allah bukan kasik pinjam sekadar kasi, ada tugas besar yang Allah letak dekat bahu kita untuk memakmurkan dan menyebarkan agamaNya yang penuh dengan kebaikan. Kita dah janji kan kawan? Semoga sentiasa tergenggam dalam rabithah.


Okaylah sayang, Isyak dah dekat sini. Aku typed-off dulu. Jaga diri semua, kalian tak pernah hilang daripada doa aku. Aku janji.


Janji ni benda payah. Tapi kalau buat kalian, aku boleh tunaikan. Dengan izin Allah.

Friday, November 10, 2017

Dakapan Ukhwah

Tapi kalau aku ada peluang menyayangi, yakinlah aku akan berusaha sayang sepenuhnya. Takpelah, at some point aku taknak lelaki kenal aku. Nanti kau jatuh cinta, wahai sang Adam. Gilaaaa-lah sarkastik betul penyataan. Okaylah sila abaikan.

Tapi aku masih ambil some point into consideration. Kah!


After all, this is my blog. Jadi tak salah untuk aku meroyan atau pun buat lah apa-apa yang aku rasa terdetik nak buat. Segala lintasan hati yang rasa nak ditulis, maka tertaiplah sedikit di sini.

Aku sambung lagi. Sekali Allah pernah satukan hati-hati kita, selamanya akan cuba diperkukuh walaupun kadangkala nampak retaknya tanpa diduga. Mohon Allah sentiasa satukan dalam rabithah.

Mohon Allah pegang hati-hati kita supaya tak tersasar daripada landasan ukhwahfillah.

Baca balik ayat al-Quran mengenai sungai yang mengalir di syurga, wajah kau yang terbayang. Besar betul impian yang aku letakkan dekat kau.

Indahnya syurga tu dilimpahkan dengan berjuta-juta kebaikan, ketenangan dan kenikmatan.

Aku nak kita sama-sama duduk tepi sungai nanti, sambil letak tangan dalam air. Terasa sejuknya air yang mengalir tu. Aku nak kita sama-sama nyanyi tepi sungai tu nanti, nyanyi lagu panggil ikan kaloi. Masatu mungkin suara kau dah sedap. Maklumlah, dalam syurga. Semua benda-benda cantik.

Subhanallah, indahnya bayangan. Indah lagi kalau bayangan menjadi kenyataan.

Aku nak tangan kau yang bersama-sama aku berpegangan melangkah ke dalam syurga yang memiliki 1001 kenikmatan yang tak terbayang dek akal manusia.


Sahabat, selamanya.


Bukankah kita berjanji nak jadikan bayangan tu sebagai realiti? Jangan mungkir janji?

11/10/2017

Janji.

Thursday, August 24, 2017

Khalid al-walid, panglima pedang Allah.

 


Saifullah. Panglima pedang Allah.

Itulah gelaran yang diberikan kepada pahlawan Islam yang ibarat singa kelaparan apabila berperang. Beliau bagaikan singa di padang pasir. Apabila mendengar sahaja nama Khalid al-walid, musuh sudah gerun dan “kalah” dahulu sebelum berperang.

Sebelum masuk Islam, Khalid al-walid sangat kuat menentang Islam dan turut sama membunuh tentera Islam semasa peperangan. Tetapi selepas peperangan Uhud, beliau masuk Islam kerana jatuh hati dengan sikap yang ditunjukkan Rasulullah SAW. Pada waktu itu, pemimpinnya adalah Abu Lahab dan beliau telah membuat perbandingan antara peribadi Abu Lahab dan Rasulullah SAW.

“Peribadi Muhammad melambangkan bahawa dia memang layak menjadi pemimpin. Peribadinya sangat berbeza dengan Abu Lahab dan pemimpin yang lain. Mereka (pemimpin yang lain) itu menentang Muhammad bukannya kerana apa yang dibawa Muhammad (agama Islam) itu tidak benar, tetapi mereka takut kehilangan pangkat dan kuasa. Mereka menentang kerana keegoan mereka sendiri”.

“Muhammad menyuruh tentera Islam melayan semua tawanan dengan baik. Situasi ini sangat berbeza dengan Abu Lahab dan Abu Jahal yang sangat suka menyeksa sesiapa yang mahu mengaku tuhan mereka adalah Allah”

Sebelum masuk Islam, Khalid al-walid adalah ketua panglima perang Quraisy. Selepas masuk Islam, beliau mengikuti peperangan sebagai tentera biasa tetapi tidak sedikit pun terasa  hati. Sebaliknya, itulah pengorbanan beliau iaitu meninggalkan harta.

Khalid al-walid tidak menyesal meninggalkan kemewahan dan hartanya hanya sebab beliau masuk Islam. Beliau berkata, “ Kekayaan dan pangkat akan tinggal di dunia apabila meninggal dunia, tetapi jika saya mengikut agama yang nabi Muhammad bawa, pastinya ianya akan berkekalan sehingga ke akhhirat”.

 

Khalid al-walid sudah Bersama-sama dan mengikuti banyak peperangan secara langsung seperti perang Muktah, berperang dengan Rom, menakluki Mesir dan menawan Baitul Maqdis daripada kuasa Kristian. Dia berperang hanya kerana Allah.

Cita-citanya adalah mati syahid.

yang menulis, 

Hadzriena.

 

 

© Copyright 2023 | ALL Right Reserved to Menurrul