Pages

Monday, August 24, 2015

Tadabbur Alam. Cara kita berbeza.

Diam-diam ubi berisi,
Diam-diam dah ada perasaan sayang dalam hati.
Di bilik yang segalanya bertemakan biru. Aku duduk termenung di atas katil, memandang ke hadapan. Mata terbuka luas, tapi apa yang di hadapan tak dapat dilihat seluasnya. KABUR. Fikiran jauh meliar.

Sibuk mencari masa untuk mendaki gunung dengan kawan,
Sibuk mencari masa untuk melihat keindahan pantai dengan kawan,

Beruntung diberikan peluang masa, kesempatan olehNya.

Aku terasa beruntung, kerana lebih sanggup mengumpul dan menggunakan duit untuk aktiviti tadabbur alam, bukannya menyibukkan diri dengan make-up yang pastinya tak menambahkan maharku ke syurga. Sekurang-kurangnya apa yang dibuat, biarlah menjadikan hati takhenti daripada mengucapkan kata-kata syukur. Setiap orang, cara berbeza. Ini cara aku.

Sekurang-kurangnya, orang bukan sukakan aku sebab paras rupa.

Tak ada satu sen pun yang mampu mendapat title membazir jika digunakan untuk tadabbur alam. Tersenyum.

Kesempatan tadabbur setiap satu ciptaanNya. Telitilah setiap satu secara terperinci. Believe me, air mata pasti turun jua. Betullah, ilmu Allah itu tiada tandingannya.

Subhanallah. All praises to Allah. 
Subhanallah. All praises to Allah.
Subhanallah.

Subhanallah Allah gives me this feelings.

Kembaralah dengan apa cara sekalipun. Kembaralah mencariNya.

Tulus ikhlas; penulis yang sedang mencari masa terluang untuk menulis kembali.

p/s: hutan adalah tempat paling awesome untuk dating and tengok the natural face of your makwe or pakwe without make-up. Bukan menggalakkan dating, tapi haa itulah realitinyaa. Sekurang-kurangnya tahu kau sayang seseorang sebab apa. 



© Copyright 2023 | ALL Right Reserved to Menurrul