Pages

Thursday, August 24, 2017

Khalid al-walid, panglima pedang Allah.

 


Saifullah. Panglima pedang Allah.

Itulah gelaran yang diberikan kepada pahlawan Islam yang ibarat singa kelaparan apabila berperang. Beliau bagaikan singa di padang pasir. Apabila mendengar sahaja nama Khalid al-walid, musuh sudah gerun dan “kalah” dahulu sebelum berperang.

Sebelum masuk Islam, Khalid al-walid sangat kuat menentang Islam dan turut sama membunuh tentera Islam semasa peperangan. Tetapi selepas peperangan Uhud, beliau masuk Islam kerana jatuh hati dengan sikap yang ditunjukkan Rasulullah SAW. Pada waktu itu, pemimpinnya adalah Abu Lahab dan beliau telah membuat perbandingan antara peribadi Abu Lahab dan Rasulullah SAW.

“Peribadi Muhammad melambangkan bahawa dia memang layak menjadi pemimpin. Peribadinya sangat berbeza dengan Abu Lahab dan pemimpin yang lain. Mereka (pemimpin yang lain) itu menentang Muhammad bukannya kerana apa yang dibawa Muhammad (agama Islam) itu tidak benar, tetapi mereka takut kehilangan pangkat dan kuasa. Mereka menentang kerana keegoan mereka sendiri”.

“Muhammad menyuruh tentera Islam melayan semua tawanan dengan baik. Situasi ini sangat berbeza dengan Abu Lahab dan Abu Jahal yang sangat suka menyeksa sesiapa yang mahu mengaku tuhan mereka adalah Allah”

Sebelum masuk Islam, Khalid al-walid adalah ketua panglima perang Quraisy. Selepas masuk Islam, beliau mengikuti peperangan sebagai tentera biasa tetapi tidak sedikit pun terasa  hati. Sebaliknya, itulah pengorbanan beliau iaitu meninggalkan harta.

Khalid al-walid tidak menyesal meninggalkan kemewahan dan hartanya hanya sebab beliau masuk Islam. Beliau berkata, “ Kekayaan dan pangkat akan tinggal di dunia apabila meninggal dunia, tetapi jika saya mengikut agama yang nabi Muhammad bawa, pastinya ianya akan berkekalan sehingga ke akhhirat”.

 

Khalid al-walid sudah Bersama-sama dan mengikuti banyak peperangan secara langsung seperti perang Muktah, berperang dengan Rom, menakluki Mesir dan menawan Baitul Maqdis daripada kuasa Kristian. Dia berperang hanya kerana Allah.

Cita-citanya adalah mati syahid.

yang menulis, 

Hadzriena.

 

 

© Copyright 2023 | ALL Right Reserved to Menurrul