Pages

Monday, November 13, 2017

Masih lagi Bayangan

Harini, quite busy macam biasa. Masuk lab, keluar lab macam biasa. Makcik cleaner yang selalu bersihkan toilet dekat level lab aku pun, dah biasa tengok aku. Baju aku pun, dah bau 70% ethanol. Aku hampir lupa bau perfume aku walaupun sebelum pergi lab mesti aku sembur.

Tadi terbuka satu catatan, draft dalam blog aku yang takterasa nak dipublish. Mengenai persahabatan masa asasi.

Nak cakap, satu benda je yang paling-paling aku rindu. Sumpah rasa rindu yang tak terasa dapat diluahkan. Aku rasa nak peluk sorang-sorang.



*Pejam mata, tarik nafas*


Dan aku mula terbayang.


Aku rindu nak solat jemaah sama-sama, dekat bilik aku. 


Maghrib aku jadi imam, Isyak orang lain imam. Tukar-tukar tanpa perlu buat jadual. Masing-masing dah tahu tugasan masing-masing. Hebatkan siapa yang menyampaikan rasa tu?

Tak lain dan tak bukan, Allah.





Tu jelah, aku rindu korang yang suka dengar suara aku. Hakikatnya, banyak benda yang aku rindu. Tapi yang satu ni, paling terkesan dekat hati. Kau pun tahu kan kenapa jadi antara yang terkesan dekat hati?

Teka.


































Sebab aku dah kurang solat jemaah.


























Aku ada termakan cili ke tadi?











Hati aku rasa sayu. Aku rindu aku. Tapi tu hakikat, sebab tu aku tak malu nak cakap.

Aku ulang, sebab aku dah kurang solat jemaah (i want to keraiiiii why im becomiiiing this fragile). Takkiralah dekat surau, masjid atau pun dalam rumah sendiri. Kecuali kalau ada daurah dan usrah.


Banyak sangat commitments  yang semakin bertimbun nowadays , military trainings pun makin memenatkan. kalau aku masih tak curi masa nak keluar pergi usrah dan daurah? Kau rasa kelautan mana hanyutnya iman aku? Syukur, Dia masih tak jemu nak beri peringatan dekat aku. Entahlah, cakap pasal iman ni aku jadi malu.




Aku rindu nak jadi imam korang.


Aku rindu nak peluk korang lepas solat.


Aku rindu nak tinggalkan air liur aku dekat pipi korang.




Hangatnya silaturahim yang terbina tu. Semoga sentiasa hangat, sampai Allah tarik nyawa yang kita pinjam ni. Allah bukan kasik pinjam sekadar kasi, ada tugas besar yang Allah letak dekat bahu kita untuk memakmurkan dan menyebarkan agamaNya yang penuh dengan kebaikan. Kita dah janji kan kawan? Semoga sentiasa tergenggam dalam rabithah.


Okaylah sayang, Isyak dah dekat sini. Aku typed-off dulu. Jaga diri semua, kalian tak pernah hilang daripada doa aku. Aku janji.


Janji ni benda payah. Tapi kalau buat kalian, aku boleh tunaikan. Dengan izin Allah.

Friday, November 10, 2017

Dakapan Ukhwah

Tapi kalau aku ada peluang menyayangi, yakinlah aku akan berusaha sayang sepenuhnya. Takpelah, at some point aku taknak lelaki kenal aku. Nanti kau jatuh cinta, wahai sang Adam. Gilaaaa-lah sarkastik betul penyataan. Okaylah sila abaikan.

Tapi aku masih ambil some point into consideration. Kah!


After all, this is my blog. Jadi tak salah untuk aku meroyan atau pun buat lah apa-apa yang aku rasa terdetik nak buat. Segala lintasan hati yang rasa nak ditulis, maka tertaiplah sedikit di sini.

Aku sambung lagi. Sekali Allah pernah satukan hati-hati kita, selamanya akan cuba diperkukuh walaupun kadangkala nampak retaknya tanpa diduga. Mohon Allah sentiasa satukan dalam rabithah.

Mohon Allah pegang hati-hati kita supaya tak tersasar daripada landasan ukhwahfillah.

Baca balik ayat al-Quran mengenai sungai yang mengalir di syurga, wajah kau yang terbayang. Besar betul impian yang aku letakkan dekat kau.

Indahnya syurga tu dilimpahkan dengan berjuta-juta kebaikan, ketenangan dan kenikmatan.

Aku nak kita sama-sama duduk tepi sungai nanti, sambil letak tangan dalam air. Terasa sejuknya air yang mengalir tu. Aku nak kita sama-sama nyanyi tepi sungai tu nanti, nyanyi lagu panggil ikan kaloi. Masatu mungkin suara kau dah sedap. Maklumlah, dalam syurga. Semua benda-benda cantik.

Subhanallah, indahnya bayangan. Indah lagi kalau bayangan menjadi kenyataan.

Aku nak tangan kau yang bersama-sama aku berpegangan melangkah ke dalam syurga yang memiliki 1001 kenikmatan yang tak terbayang dek akal manusia.


Sahabat, selamanya.


Bukankah kita berjanji nak jadikan bayangan tu sebagai realiti? Jangan mungkir janji?

11/10/2017

Janji.
© Copyright 2023 | ALL Right Reserved to Menurrul