Surah
al-baqarah, ayat 94.
“Katakanlah;
“Jika kamu (menganggap bahawa) kampung akhirat (syurga) itu khusus untukmu di
sisi Allah, bukan untuk orang lain, maka cita-citakanlah kematian (mu), jika
kamu memang orang yang benar”
Ayat ni.
Setiap kita
(hamba Allah) seharusnya mempunyai angan-angan untuk masuk ke syurga Allah yang
penuh dengan segala kenikmatan. Tapi, angan-angan perlu disertai dengan usaha
yang berterusan.
“Barangsiapa
yang mencintai bertemu dengan Allah, nescaya Allah menyukai untuk bertemu
dengannya. Barangsiapa yang tidak suka bertemu dengan Allah, maka Allah pun
tidak suka untuk bertemu dengan dengannya”
(HR Bukhari 6027, Muslim: 4847)
Kita ni suka tak jumpa dengan Allah? Tengok balik solat kita macam mana? Plan our death. Dengan cara kehidupan kita.
Jangan pernah tinggal doa “ya Allah matikanlah aku dalam keadaan khusnul khotimah. Ambil lah nyawaku pada saat Kau betul2 redha dengan diriku dan segala amalanku”.
Doa yang
sangat ringkas, tapii terkandung seribu satu permintaan dan usaha yang perlu
dilakukan.
Kejayaan sebenar seorang manusia adalah apabila kita berjaya masuk ke syurga.
Hadzriena,
31/1/2023