Pages

Monday, April 16, 2018

Angin rindu

Terketar lagi, untuk kali yang aku taktahu keberapa kali.

Taip “aku tanya apa khabar” dekat Youtube guna jari.


Joe dan Malique, tu juga luahan aku dari hati.
Walau kau kat sana langsung tak pernah sedari.



Moga kita berjumpa lagi walaupun dalam mimpi,
Aku nak lagi berlaga pipi,


Moga sampai apa yang namanya angin rindu dari diri.
Sumpah, aku rindu separuh mati dah ni.

Rindu Amirah Aszeli,

Saturday, April 07, 2018

Tunjuk apa yang takboleh.



ABOUT SOMETHING.


Lama rasanya tak menurunkan sepatah dua kata dalam ni, maklumlah busy yang takda kesudahan. Taksempat nak upadate apa-apa writing. Final year project, kerja-kerja labs, programs etc. Wuish life as a third year student memang superb mencabar. Sebab apa? Tu nanti aku bahas dalam entri lain. Cuma, nak bagitahu yang pembikinan buku aku "Returning" terpaksa ditangguh untuk sementara waktu, sebab aku kena fokus dekat benda yang lagi penting.

Cuma nak cakap mengenai sesuatu. There was a day, satu member ni kasik satu gambar dekat group wassap. Gambar perempuan pakai tudung ala-ala Neelofa, and ada satu tu pakai lilit fully dekat leher. Sincerely, aku memang lah rasa pakai macam tu cantik. Tapi tulah, aku taknak dengan pujian melambung yang kita kasik terhadap sesuatu, buatkan someone tu takkisah nak pakai apa jenis fashion sekalipun.

Masatu aku pun jawab "Its beautiful, tapi lagi cantik kalau tutup dada tu". Akhir ayat tu aku letak noktah. Macam biasa, akan ada satu perasaan macam ni; (1) Mesti diorang cakap aku perasan bagus kan. (2) Macam mana kalau one day aku yang pakai macam tu, tak ke malu hahahahahahahahaha. Dunia ni kejam, we cant even expect apa yang akan berlaku in our future.

Girls, macam ni lah aku ada something nak share sikit.

Perempuan ni memang sejenis manusia yang suka tunjuk apa yang kita takboleh tunjuk. Islam suruh tutup aurat, kita sibuk nak tayang. Bagi kita, tu kepuasan dan kita rasa benda tu cantik. Bila dilarang sengseng lengan, kita ada satu perasaan untuk tunjuk kulit kita yang mulus tu (lagi-lagi kalau putih). Senang cakap, kita memang dilahirkan dengan lumrah untuk tunjuk kat semua orang benda yang sebenarnya kita takboleh tunjuk.

Sisters, im using "kita" instead of "korang" atau "kau", sebab aku pun perempuan sama macam korang. Aku paham situasi ni sebab kita ada lumrah yang sama. Dan macam mana boleh tercetusnya semua rasa yang aku kongsi ini kalau bukan sebenarnya aku yang rasa juga? Tulah, sebab lumrah aku sama macam korang.

Sincerely, dulu bagi aku kalau pakai tudung atas dada tu cantik. Lagi lah aku jenis yang flip-flip tudung je. Lepastu, memang taksuka pakai scarf kalau pakai tudung and i will just let my rambut terurai macam tu je takkisahlah masatu pendek, botak atau panjang. Kalau tanya aku, aku akan jawab yang aku takdelah buat macam tu untuk tunjuk kat laki. Tapi what purpose of tutup aurat kalau bukan untuk elak daripada lelaki tengok?

Kalau involve in any training, aku suka pakai stoking pendek. Lepastu, asyik nak tarik-tarik seluar sampai nampak kaki. Banyak lagi kisah jahiliyah aku sampai tahap super jahiliyah. In one sentence, perempuan ni ada satu perasaan untuk tunjuk something yang kita takboleh tunjuk dekat insan bergelar lelaki.

Tiba satu masa tu, Allah campakkan satu rasa dalam hati untuk lebih mengenali wanita dalam sudut Islam. Masatu aku nangis sendiri sebab membayangkan betapa tingginya nilai yang Islam tu letak pada seorang wanita. Masatu berpulun aku cari kekuatan untuk delete semua gambar selphie, gambar-gambar yang tak tutup aurat, dekat facebook (masatu instagram tak famous lagi). Nak cakap sweetnya Allah tu, dia pilih aku untuk dicampakkan rasa tu.

Perasaan lebih menghargai wanita, perasaan lebih menyayangi diri sendiri yang memegang title wanita. Perasaan untuk menjaga apa yang patut dijaga. Sebab yelah, kadang kita lupa yang kita ni berharga.

Kita pakai tudung bukan untuk "TUTUP RAMBUT DAN LEHER". Tapi kita pakai tudung sebagai lambang takwa kepada Allah. Kita ikut suruhan Allah untuk menjaga aurat. Pakai tudung adalah salah satu caranya. Kalau kita ada cara lain untuk tutup buah dada, do it. TAKWA, satu perkataan yang sangat besar. Sejauh mana takwa kita kepada Allah? Sempurna tak cara kita tutup aurat? Kita takut kepada azab Allah tak?

Aku memang gila dengan fashions, tapi tulah satu masa kita kena stop buat benda yang kita suka. Buat yang takkenal siapa aku pada masa lampau (my past life) mungkin diorang akan cakap aku ni jenis taksuka fashions. Tak semudah tu aku nak kasik baju-baju aku dekat orang, tak semudah tu aku nak buat permulaan untuk pakai yang longgar-longgar. Taksemudah tu aku mula berhenti pakai jeans. Aku sayang past aku, tapi aku pilih untuk meninggalkan.

Akan ada satu masa kita hanya kena focus dengan benda yang kita minat, benda yang kita boleh buat tanpa langgar syariat untuk hilangkan tumpuan kita pada benda-benda yang opposite. Lagipun aku taktahu bila aku bakal jadi jenazah. Tu lah cabaran perempuan in this era, sangat mencabar. Tapi sebab aku dah pernah rasa betapa susahnya aku bermula, maka aku taknak bermula lagi sekali untuk masa akan datang. Payah, perit. Maka apa yang masih boleh dijaga, aku akan usaha untuk jaga.

Seriously aku memang bukan budak baik, tapi usaha.

Dahlah, sampai sini jelah coretan kalini. 
Its already 0126, esok ada training. 
Ada masa aku sambung :)

4/8/2018.
Kolej Kenanga, UNIMAS.

Tuesday, March 06, 2018

Place.



"Kau nak ikut aku tak?"


Ammal dekatkan kepalanya dekat Wazir, kecikkan anak mata memandang sahabat di sebelahnya. Seketika, terasa angin pantai lembut berhembus. Pantai ni berubah, macam orang yang datang dan pergi daripada sini.


"Pergi mana?"


"Syurga, sayang"



"Pehh. bukan tempat biasa-biasa tu"





"Jom"







Sunday, February 25, 2018

Returning?

2309 hrs.

Baru je balik daripada Bau, Sarawak. Pergi rumah makcik.

Mandi, Solat isyak lepastu jot down something dalam buku schedule aku macam biasa. Its another well spent day.

Sumbat telinga dengan zikir Dawaam.

Sebenarnya banyak sangat benda nak share. Banyak sangat luahan yang terasa nak diterjemah dalam huruf. Tak mengharapkan sesiapa faham pun, cuma ini apa yang aku suka buat. Terjemahan melalui perkataan. Perkataan yang aku kongsikan ni, semuanya daripada hati.

Jadi mungkin bila kalian takdapat hati aku, cukuplah hanya rasa keikhlasan dalam tulisan aku ni. Hahahahahhahah so sarcastic sila abaikan.

Dan buat kesekelian kalinya, aku terstuck sebab terlalu banyak. Bukan luahan, tetapi apa yang aku rasa nak kongsi. Dan semestinya, bukan benda-benda berbentuk fitnah atau pun anasir-anasir jahat.

Teringat sesuatu. Sesuatu yang pernah kasi kesan dekat hati aku dulu, hanya dengan sekali lafaz.


Masatu jadi fasi untuk satu Program Ikram, ada satu akh ni cakap sesuatu. 

"Haaa taknak lah ana buat macam tu, nanti Allah tanya kat akhirat nak jawab apa?"



Ayat tu langsung tak berbaur cercaan, perlian atau pun apa-apa. Tapi cukup terkesan. Inilah apa yang aku dapat dalam jalan ni, yang mana setiap bait perkataan adalah perkataan-perkataan yang berhikmah. Sangat berhikmah.

*menangis*

Entahlah, its so priceless. Yang buatkan aku nak semua orang rasa, ikhlas. Masih terngiang-ngiang lagi dalam kepala. 



"nanti Allah tanya kat akhirat nak jawab apa?"



Betapa terperincinya setiap bait perkataan. Betapa bermaknanya setiap bait perkataan. Cuma depends dekat kita nak beri perhatian atau pun tak. Cuma depends dekat kita nak terjemah dia jadi benda yang baik atau buruk. Cuma depends kat kita nak terjemah something tu jadi kebahagiaan atau pun tak.


Macam tu jugaklah kalau berduyun-duyun masalahh datang ke hape ke. 


Come on, terjemahlah everything yang happen dengan baik. Terjemahlah biar nampak baiknya. 


Aku sangat mudah terkesan dan cair dengan kebaikan orang. Even though dengar seorang akh ni nyanyi doa untuk berterima kasih pun aku cair. Eh?



Terjemahlah semua yang berlaku. Terjemahlah segala perkataan. Moga kita dapat hati yang diidamkan, moga ikhlas itu datang. 



InshaaAllah. Returning, dengan izinNya.


Niqabist Returning?


Returning.








© Copyright 2023 | ALL Right Reserved to Menurrul