Aku jatuh cinta, Ammar.
*Peringatan sopan satu: post kali ini amatlah panjang kerana
aku menceritakan saat-saat aku terasa sudah jatuh cinta. Bila cinta, macam
nilah jadinya. Harap takjemu membaca kisah cinta aku.
*Peringatan sopan dua: Hidupkan jiwa. Jadikan pembacaan ini
hidup.
Pukul satu pagi.
Meskipun telah disapa rasa mengantuk tadi, seolah-olah mata
terbuka luas tatkala ternampak surat-surat yang sudah menjadi memori kau di
atas meja belajar. Hati juga terasa hidup mengenangkan kembali detik-detik
ketika kau masih bersama aku dan mereka di dunia ini. Hanya Allah yang tahu
betapa hidupnya hati aku walaupun ‘surat-surat’ kau telah dibaca banyak kali.
Hati aku hidup.
Sungguh aku jatuh cinta Ammar.
Sungguh aku jatuh cinta wahai jiwa Ahmad
Ammar Tuan Haji Ahmad Azam!
Sungguh aku jatuh cinta dengan peribadimu wahai insan
berjiwa al-Fateh!
Felamakss tajuk macam mainstream sangat sebab disapa dengan
kejiwangan yang terasa hendak dibaling dengan botol air. *baling*
Tapi benar,
Aku telah jatuh cinta.
Ahmad Ammar Tuan Haji
Ahmad Azam.
Arwah Ahmad Ammar
Tuan Haji Ahmad Azam.
Nama yang tidak sepatutnya menjadi asing lagi bagi seluruh
pelusuk dunia, Terutamanya remaja.
Dengan keperibadianmu yang sukar dicari disebalik ummah yang bagaikan pasir di lautan.
Mati syahid menjadi
cita-citamu. Kau pecinta agama.
Pemergianmu adalah pemergian yang menghidupkan.
Benarlah firman Allah.
Yang mula pasti ada
akhirnya,
Yang pergi sudah tidak
kembali,
Hanya yang tinggal
sebagai ganti,
Kematian yang hidup
,
Namanya sering disebut,
Dirindui setiap saat.
Dikenang dalam setiap
doa.
Diingati dalam setiap
munajat.
Disayangi sepanjang
umur serta hayat.
Kematian itu
menghidupkan.
Antara Catatan Ibu
arwah Ammar;
Sesungguhnya hidup ini terlalu singkat. Tidak mampu kita membuang
masa melayani hati yang terluka dek tindak-tanduk mereka di sekeliling
yang gagal memenuhi hasrat kita. Tidak mampu berehat lama mahupun
bersantai-santai. Semakin bertambah usia, semakin dekatlah kita dengan sakaratulmaut yang
boleh menyapa kita pada bila-bila masa.
-ibu Ammar-
Sungguh, mati itu dekat. Bila-bila sahaja.
When Allah said Kunfayakun.
Then it will happen.
Mati, Permulaan ke
SANA.
Ramai yang berfoya-foya dan alpa
di dunia ini. Kita(aku, kau) berasa esok
sentiasa ada. Kita tangguhkan taubat, melambat-lambatkan usaha melakukan
kebaikan. Terlalu lupa pada suatu ketika kelak, makhluk bernama maut bakal
menyapa.
“Apabila sampai ajal seseorang,
datanglah sakaratulmaut membawa kebenaran yang dijanjikan serta dikatakan kepada yang mengingkarinya sebelum itu, “ini
adalah perkara yang engkau selalu mengelak diri daripadanya” (surah Qaf;19)
Ke manakah kita, sekiranya mati
dalam keadaan berdosa?
Nauzubillah hi min zalik.
Fenomena Ammar.
Walaupun telah meninggalkan dunia yang sementara ini
bertarikh 2 November 2013(1 Muharram 1435), sampai sekarang fenomena Ammar
masih taklenggang didengari.
Pemergian Ammar telah melahirkan banyak “Ammar”,
Mesej Allah swt. Sangatlah jelas bahwa anak muda wajib
segera berhijrah. Bagaimana hendak berhijrah?
Contohilah Rasulullah, sahabat nabi, Ahmad Ammar dan semua
insan-insan yang soleh. Yang hidupnya adalah hidup berpaksikan akhirat. Kembara
hidupnya adalah kembara mencari akhirat,
Ayat 154 Surah al-Baqarah sebagaimana yang tertera di pusara Ammar;
“Dan janganlah kamu mengatakan
kepada orang gugur di jalan Allah(bahawa mereka itu) mati, bahkan (sebenarnya)
hidup, tetapi kamu tidak menyedarinya”
Sedikit luahan hati
ayah Ammar,
"Sesungguhnya akan
hakikat mati syahid mampu menghidupkan hati-hati yang lalai atau yang telah
mati. Ammar menjadi mulia dan mahsyhur hanya setelah ketiadaanya. Jujur aku
katakan di sini bahawa aku semakin banyak belajar akan hakikat iman itu setelah
Ammar berpindah kea lam barzakh dengan kematiannya pada waktu yang sangat muda.
Allahu akbar…. Semakin terasa kerdil sangat diriku ini!"
Lihat perbezaan nama
di bawah;
Perbezaan yang amatlah
sedikit tapi maknanya ketara;
Ahmad Ammar Tuan Haji
Ahmad Azam.
Arwah Ahmad Ammar
Tuan Haji Ahmad Azam.
Take your 30 seconds. Put
“arwah” in front your full name.
Arwah :
;
Adakah aku bakal meninggalkan
sesuatu bermakna untuk diingati oleh ummah?
Adakah iringan doa hanya akan
berpusu-pusu diberikan kepada diri hanya semasa hari kematian aku?
Adakah aku terlalu sibuk mengisi hati dengan cinta hamba
sehingga tiada masa memikirkan nasib ummah?
Sekali lagi,
Sungguh aku sudah jatuh cinta dengan peribadi dan semangat
juangmu Ammar,
(Al-fatihah untuk si
syahid yang tertangguh)
Kisah Ammar berkaitan dengan peranan anak muda untuk memikul
amanah berkempipinan ummat. Masa depan dunia Islam amat bergantung dengan
kualiti anak muda Islam.
Sedikit lagi luahan hati
ayah arwah Ammar,
Aku teringat maksud hadis yang menyatakan bahawa antara
tanda-tanda seseorang itu mendapat khusnul khatimah ialah ketika wafat dahinya
berpeluh(berkeringat). Ini berdasarkan hadis daripada Buraidah Ibnul Khasib.
Ketika di Khurasan, Buraidah melihat sendiri saudaranya yang sedang sakit.
Namun apabila sudah wafat, kelihatan dahinya berkeringat. Kemudian Buraidah
berkata;
“Allahu Akbar,
sungguh aku telah mendengar Rasulullah bersabda; Matinya seorang mukmin adalah
dengan berkeringat dahinya” -HR Ahmad, an-Nasai, at-Tirmidzi, Ibnu Majah, Ibnu
Hibban, al-Hakim dan ath-Thayalusi daripada Abdullah bin Mas’ud-
(Thank you for this
beautiful life ya Allah, Today is another beautiful life I got)