Pages

Saturday, October 17, 2015

Ahmad Ammar, aku Jatuh hati.

Aku jatuh cinta, Ammar.

*Peringatan sopan satu: post kali ini amatlah panjang kerana aku menceritakan saat-saat aku terasa sudah jatuh cinta. Bila cinta, macam nilah jadinya. Harap takjemu membaca kisah cinta aku.
*Peringatan sopan dua: Hidupkan jiwa. Jadikan pembacaan ini hidup.

Pukul satu pagi.

Meskipun telah disapa rasa mengantuk tadi, seolah-olah mata terbuka luas tatkala ternampak surat-surat yang sudah menjadi memori kau di atas meja belajar. Hati juga terasa hidup mengenangkan kembali detik-detik ketika kau masih bersama aku dan mereka di dunia ini. Hanya Allah yang tahu betapa hidupnya hati aku walaupun ‘surat-surat’ kau telah dibaca banyak kali.

Hati aku hidup.

Sungguh aku jatuh cinta Ammar.

Sungguh aku jatuh cinta  wahai jiwa Ahmad Ammar Tuan Haji Ahmad Azam!

Sungguh aku jatuh cinta dengan peribadimu wahai insan berjiwa al-Fateh!

Felamakss tajuk macam mainstream sangat sebab disapa dengan kejiwangan yang terasa hendak dibaling dengan botol air. *baling*  

Tapi benar,
Aku telah jatuh cinta.

Ahmad Ammar Tuan Haji Ahmad Azam.
Arwah Ahmad Ammar Tuan Haji Ahmad Azam.

Nama yang tidak sepatutnya menjadi asing lagi bagi seluruh pelusuk dunia, Terutamanya remaja.
Dengan keperibadianmu yang sukar dicari disebalik ummah yang bagaikan pasir di lautan.
Mati syahid menjadi cita-citamu. Kau pecinta agama.
Pemergianmu adalah pemergian yang menghidupkan.
Benarlah firman Allah.
Yang mula pasti ada akhirnya,
Yang pergi sudah tidak kembali,
Hanya yang tinggal sebagai ganti,

Kematian yang hidup
,
Namanya sering disebut,
Dirindui setiap saat.
Dikenang dalam setiap doa.
Diingati dalam setiap munajat.
Disayangi sepanjang umur serta hayat.
Kematian itu menghidupkan.

Antara Catatan Ibu arwah Ammar;

Sesungguhnya hidup ini terlalu singkat. Tidak mampu kita membuang masa melayani hati yang terluka dek tindak-tanduk mereka di sekeliling yang gagal memenuhi hasrat kita. Tidak mampu berehat lama mahupun bersantai-santai. Semakin bertambah usia, semakin dekatlah kita dengan sakaratulmaut yang boleh menyapa kita pada bila-bila masa.

-ibu Ammar-

Sungguh, mati itu dekat. Bila-bila sahaja.

When Allah said Kunfayakun. Then it will happen.

Mati, Permulaan ke SANA.

Ramai yang berfoya-foya dan alpa di dunia ini. Kita(aku, kau)  berasa esok sentiasa ada. Kita tangguhkan taubat, melambat-lambatkan usaha melakukan kebaikan. Terlalu lupa pada suatu ketika kelak, makhluk bernama maut bakal menyapa.

“Apabila sampai ajal seseorang, datanglah sakaratulmaut membawa kebenaran yang dijanjikan serta dikatakan  kepada yang mengingkarinya sebelum itu, “ini adalah perkara yang engkau selalu mengelak diri daripadanya” (surah Qaf;19)

Ke manakah kita, sekiranya mati dalam keadaan berdosa?
Nauzubillah hi min zalik.

Fenomena Ammar.

Walaupun telah meninggalkan dunia yang sementara ini bertarikh 2 November 2013(1 Muharram 1435), sampai sekarang fenomena Ammar masih taklenggang didengari.

Pemergian Ammar telah melahirkan banyak “Ammar”,

Mesej Allah swt. Sangatlah jelas bahwa anak muda wajib segera berhijrah. Bagaimana hendak berhijrah?

Contohilah Rasulullah, sahabat nabi, Ahmad Ammar dan semua insan-insan yang soleh. Yang hidupnya adalah hidup berpaksikan akhirat. Kembara hidupnya adalah kembara mencari akhirat,

Ayat 154 Surah al-Baqarah sebagaimana yang tertera di pusara Ammar;
“Dan janganlah kamu mengatakan kepada orang gugur di jalan Allah(bahawa mereka itu) mati, bahkan (sebenarnya) hidup, tetapi kamu tidak menyedarinya”

Sedikit luahan hati ayah Ammar,

"Sesungguhnya akan hakikat mati syahid mampu menghidupkan hati-hati yang lalai atau yang telah mati. Ammar menjadi mulia dan mahsyhur hanya setelah ketiadaanya. Jujur aku katakan di sini bahawa aku semakin banyak belajar akan hakikat iman itu setelah Ammar berpindah kea lam barzakh dengan kematiannya pada waktu yang sangat muda. Allahu akbar…. Semakin terasa kerdil sangat diriku ini!"

Lihat perbezaan nama di bawah;

Perbezaan yang amatlah sedikit tapi maknanya ketara;

Ahmad Ammar Tuan Haji Ahmad Azam.
Arwah Ahmad Ammar Tuan Haji Ahmad Azam.

Take your 30 seconds. Put  arwah” in front your full name.
Arwah :                                                                     ;

Adakah aku bakal meninggalkan sesuatu bermakna untuk diingati oleh ummah?                          
Adakah iringan doa hanya akan berpusu-pusu diberikan kepada diri hanya semasa hari kematian aku?
Adakah aku terlalu sibuk mengisi hati dengan cinta hamba sehingga tiada masa memikirkan nasib ummah?
Sekali lagi,
Sungguh aku sudah jatuh cinta dengan peribadi dan semangat juangmu Ammar,

(Al-fatihah untuk si syahid yang tertangguh)

Kisah Ammar berkaitan dengan peranan anak muda untuk memikul amanah berkempipinan ummat. Masa depan dunia Islam amat bergantung dengan kualiti anak muda Islam.

Sedikit lagi luahan hati ayah arwah Ammar,
Aku teringat maksud hadis yang menyatakan bahawa antara tanda-tanda seseorang itu mendapat khusnul khatimah ialah ketika wafat dahinya berpeluh(berkeringat). Ini berdasarkan hadis daripada Buraidah Ibnul Khasib. Ketika di Khurasan, Buraidah melihat sendiri saudaranya yang sedang sakit. Namun apabila sudah wafat, kelihatan dahinya berkeringat. Kemudian Buraidah berkata;

“Allahu Akbar, sungguh aku telah mendengar Rasulullah bersabda; Matinya seorang mukmin adalah dengan berkeringat dahinya” -HR Ahmad, an-Nasai, at-Tirmidzi, Ibnu Majah, Ibnu Hibban, al-Hakim dan ath-Thayalusi daripada Abdullah bin Mas’ud-



(Thank you for this beautiful life ya Allah, Today is another beautiful life I got)

No comments:

Post a Comment

© Copyright 2023 | ALL Right Reserved to Menurrul