Pages

Thursday, May 21, 2015

SUPPORTs.

สนับสนุน
Support. Apoyo. Kekuatan.

Tiba-tiba, ada seorang sahabat datang ke arah aku.
"Ina, bila nak update post baru? Aku dah bookmark dekat skrin fon ni"

Gulp.

Sambung lagi,
“Diorang pun dah bookmark blog kau”

Hari-hari berikutnya, makin banyak kata-kata "support blog menurrul" yang sampai ke telinga.
*ehehh macam perasan tahap petala sentence tu.
Macam;
“kawan aku baca blog kau. Dia rasa nak nanges wehh”
“Ina, aku dahlama tahu kau ade blog. Tapi baru malam tadi aku baca. Tolong aku.”
“Ina, blog kau kebanyakkannya pasal cinta, Hemm aku tahu couple tu salah”
“Ina boleh aku mintak nasihat kau tak?”
“Ina aku tengok kau yang dulu dengan sekarang dah berbeza”
"Emm terasa kena batang hidung. Terima kasih ina"
Etc.
*gerak-gerakkan kaki atas permukaan air tasik kejap*

Dengan nama Allah yang Maha Pemurah lagi maha Mengasihani.

Terima kasih sahabat-sahabat atas semua sokongan.
Terima kasih kerana sukakan tulisan hamba kerdil ini.

Mintalah nasihat daripada orang-orang yang lagi berilmu.
Cuma aku hanya mampu memberi nasihat berdasarkan pengalaman.
Inshaa Allah. Buat yang perlukan sokongan dan nasihat.
Aku tolong selagi termampu.

Aku bukan budak baik. Cuma cuba untuk jadi baik,
Blog ini hanyalah satu perkongsian seorang hamba.

Hakikatnya, kita mirror.
Saling menggapai tangan bila terjatuh.
Saling menegur bila tersalah.

Cerita-cerita dalam blog ini. Cara penulisan,

Aku berusaha untuk jadikan ia dekat dengan hati remaja.
Remaja macam aku. Macam kau. Macam kita.
Dekat dengan hati-hati sahabat aku,

Untuk menjadi seorang penulis. Aku perlukan ilmu yang mantap untuk menulis.
Inshaa Allah. Support korang buat ina rasa bersemangat untuk menimba ilmu.

Inshaa Allah bukan sekadar ilmu yang  hanya ditimba untuk bahan penulisan. Sebaliknya sama-sama menjadi amalan.

Hidup bukan hanya dekat alam maya. Kita ada dunia.
Aku takperlukan berjuta-juta readers untuk membaca.

Cukuplah walau hanya ada seorang pembaca;
Dan hatinya terbuka untuk lagi kenal Allah.
Macam aku.

Cukuplah.

Berterima kasihlah kepadaNya sebab buka hati kita untuk sama-sama menggapai cintaNya.
Terima kasih ya Allah.

Aku seorang pendosa tanpa noktah. Yang dosanya bertimbun-timbun.

Teruslah membaca seandainya ada ilmu yang boleh diguna pakai.
Teruskanlah journey to jannah kita semua.

Sama-sama?


“menulis bukan untuk famous”
Kita kena kuat sebab Allah.
Kita kena kuat untuk ummah.

Dakaplah hati-hati kami ya Allah. 

*Maaflah chatbox dekat tepi dahlama dibuang sebab ina tak suka orang promote-promote barang.


No comments:

Post a Comment

© Copyright 2023 | ALL Right Reserved to Menurrul