Tuesday, 16 February 2016

A jar of HONEY

p/s; Penulis asal: Mato. Ina salin dengan hati. Hehe. Eh tak ahh, dengan jiwa. Dan semestinya, tangan.

“Kalau diberi peluang, kau nak carik orang mana? Malaysia atau bukan Malaysia?
Ini antara soalan-soalan yang sering aku dapat. Selain daripada soalan yang takpernah basi, “Bila nak kahwin?”

Dan aku teringat satu peristiwa.
………………………..


“Kalau diberi peluang? Nak cari yang memang warganegara Malaysia atau orang luar? Sekufu kan.”

Aku ketawa.

“Jawab sajalah.” Ubai siku aku. Aku ketawa lagi.

“Hmmm. Yang… sanggup bermadu, kot? Aku jawab tanpa ragu-ragu.

Muka Ubai terkejut. “Jadi, abang Chad memang dah rancang nak berpoligami?”

Aku ketawa lagi. “Kenapa?”

“Smooth.” Sepatah Ubai menjawab. Masih terkejut,  mungkin.

“Takda rancang, tapi kalau dah ada rezeki, takkan nak tolak” tawa aku masih bersisa.

Ubai mencebik. “Gentle lah abang Chad.” Ibu jarinya di angkat ke udara. Thumbs up.

“Bukan soal nak berpoligami atau tak. Tapinya, kalau dia sanggup bermadu, maksudnya dia tahu saya bukannya milik dia sorang. Saya masih milik Allah. Maka saya taknak dia ada rasa ‘cemburu” bila saya balik lambat hadiri majlis-majlis ilmu dan program keagamaan atau sayabalik lambat sebab ada usrah. Atau andai hujung minggu saya di hospital sebab ada pesakit saya yang lebih perlukan saya masa tu”

Aku menambah, “Saya nak dia pegang pada prinsip, pernikahan ni satu ikatan yang menguatkan. Kuatkan saya untuk terus berada pada jalan ini. Pernikahan bukan untuk menjauhkan saya atau dia dari jalan yang kami sama-sama pilih sebelum nikah”

Aku senyum.

Ubai diam mengangguk.

I prefer that way, yang sanggup bermadu. Bukan maksudnya yang dah rancang untuk berpoligami”

“Oh faham-faham. Tak payahlah explain part yang “BUKAN MAKSUDNYA DAH RANCANG TU”, Ubai ketawa.

Aku ikut ketawa. “ Bukan apa, ada sesetengah tak faham. Lepas tu, mula lah pertikai. Kadang tu penat jugak nak kena explain, padahal kalau boleh faham betul-betul, boleh je baca between the lines. Cuma orang tak usaha. Cuma tahu nak marah”

Aku cuba untuk tak bernada serius. Tapi aku yakin, Ubai perasan.

“Tapi Ubai,” Suara aku pecah suasana yang baru seminit tanpa suara. Ubai menoleh pandang aku.

“Ya?”

“Aku masih belum fikir pasal kahwin lagi. I mean, calon ke apa. Umur pun baru 23. Memanglah orang kata bagus kahwin muda. Tapi tak semua perkara dalam pernikahan itu menyeronokkan”

Ubai mengangguk beberapa kali.

“Kena timbang banyak perkara kahwin ni, maksudnya kita setuju untuk terima baik buruk dia. Terima baik buruk keluarga dia. Sanggup korbankan apa yang kita suka untuk apa yang Allah suka. Ini boleh di apply bukan hanya untuk kahwin, tapi untuk berubah juga. Kiranya kalau sebelum kahwin boleh tengok bola sampai tiga empat pagi di kedai mamak, lepas kahwin kena ingat ada hati yang kita kena jaga kat rumah. Sebaiknya, buat persediaan sebelum berkahwin. Bukannya bila dah kahwin baru berubah. Kena sediakan mental, fizikal, emosi, psikologi, dan sebagainya"

Ubai sengih pandang aku.

“Apa sengih-sengih?” Aku sergah.

Ubai ketawa, “Cakap macam ada pengalaman.”


Aku mencebik. “Budak kecik pergi main jauh-jauh”

*Okey habis. 

thanks reading my diary

0 Smile for me♒: