Tuesday, 22 March 2016

Puteri Abah.

“Perempuan sentiasa mudah tertangkap dengan perkara-perkara keduniaan.Tetapi apabila mereka dipupuk dengan kecintaan kepada akhirat, kecintaan kepada kampung akhirat, mereka akan menjadi lebih hebat daripada kita (kaum lelaki)."
-Ustaz Iqbal Al-Jauhari-

Hai abah, puteri abah sorang ni sayang sangat kat abah.
Puteri abah sorang ni nak sangat balik teman abah kat rumah.


Happy 60th abah.
Buat abah yang ina sayang. *Ina tahu abah takkkan baca apa yang ina tulis ni.

Bila ina rindu abah, selalu terbayangkan suara abah yang panggil ina dengan panggilan mel.
Walaupun ina dah besar panjang  dan makin comel(hehehehhe) sekarang, panggilan tu tetap abah panggil.

MEL.

Dan sampai sekarang ina taktahu mana abah dapat nama tu.
Maafkan ina sebab ina jadik anak yang manja dan terlalu sensitif.
Abah yang cakap macam tu masa ina call dulu.

And i feel like, haah betul.

Rindu. Betul-betul rindu nak solat jemaah sesama ngan abah macam dulu.
Rindu. Rindu nak potong rambut abah macam ina pernah buat. I know i am a good and beautiful barber for you.
Rindu. Nak jadik peneman abah masa semua orang tengah tidur dalam kereta, lagi-lagi bila balik Terengganu.

Paling rindu, bila abah gurau dengan ina ngan adik dengan pakai telekung. Masatu ina merajuk, tak ingat sebab apa. U are so comel using that telekung.
Rindu nak ikut abah baca doa memulakan perjalanan kuat-kuat kalau nak berjalan. Abah lead, anak-anak abah ikut.

Rindu nak bertadarrus dalam kereta bila masa  memulakan perjalanan. Bacaan berselang-seli sampai semua orang baca.

Rindu bila masa abah ajar anak-anak abah untuk cakap "Rabbi salim salim" bila kereta melalui jambatan.

Rindu bila masa abah ajar anak-anak abah cakap, lailahaillah(3x) la ma'bud hiyyakin illallah; bila lalu mana-mana tokong, church atau kuil.

Rindu nak jadik tukang masak ala-ala professional untuk abah. Ingat lagi, masakan pertama untuk abah adalah udang masak kunyit resepi ina hehehehe.

Rindu bila abah ajar ina siang ikan.

Rindu nak abah ketipkan kuku ina..

Rindu bila abah tampar ina sebab mencarut masa kecik. hehehehe.

Rindu nak tolong abah kaut rumput bila lepas potong rumput.


Rindu nak bermanja dengan abah.

Allah.
Tak terkata banyaknya. Ina rindu semuanya abah.

Boleh terbalikkan masa tak abah?

Sekarang ina dah besar, redhailah perjalanan ina menuntut segala jenis ilmu.
Ina takkan pernah lupa apa yang abah ajar.


Puteri abah sorang ni rindu abah.
Itu je nak cakap.



Puteri abah sorang ni nak jadik something precious untuk ummah.

Dear Allah, pelihara abah.
Aku biarkan abahku dalam jagaanMu ya Allah.


Untuk si dia yang memiliki mata cantik(seriously cantik) dan hidung mancung,
Abah, happy 60th.


thanks reading my diary

0 Smile for me♒: