Thursday, 24 March 2016

Tanda Allah sayang.

Bukti cinta kepada Allah swt.

31. Katakanlah; "Jika kamu(benar-benar) mencintai Allah, ikutilah aku, nescaya Allah mengasihi dan mengampuni dosa-dosamu, Allah maha pengampun lagi maha penyayang"

32. Katakanlah, "Taatilah Allah dan rasulNya, jika kamu ingkar, maka sesungguhnya Allah tidak menyukai orang yang kafir"

-al- Imran-

Bagaimana nak rasa Allah sayang kita bila kita sayang Allah?


Hypothesis:
Bila Allah sayang hambaNya, Dia akan campak rasa benci dalam berbuat maksiat.


Allah akan jadi mata, telinga, tangan, kaki, hati dan semua anggota untuk hambaNya.

Macam mana tu?

...
...
...

Allah akan jadi tangan;

apabila Allah selitkan perasaan malu dan bersalah nak guna barang orang tanpa izin.
apabila tangan selalu digunakan untuk membuat kebaikan,

Allah akan jadi telinga;

apabila Allah selitkan rasa benci dalam hati terhadap apa yang sedang diumpat, perkataan-perkataan takbaik.
apabila Allah selitlkan dalam hati untuk mendengar majlis-majlis ilmu.
apabila Allah selitkan rasa dalam hati untuk mendengar segala jenis kebaikan.

Allah akan jadi kaki;

apabila Allah gerakkan kaki kita untuk pergi majlis-majlis ilmu.
apabila Allah selitkan perasaan teruja dan gembira nak pergi kelas.

Allah akan jadi hati;

apabila hati sentiasa basah dengan zikrullah.
apabila selalu mendoakan orang sekeliling walaupun orang yang takdikenali.


conclusion:
Bila Allah sayang hambaNya, Dia akan campak rasa benci dalam berbuat maksiat.

Hypothesis accepted.


Beriman itu, mudah dilontarkan dalam kata-kata. Tapi sukar dilaksanakan.

Bagaimana beriman?
...
..

BUAT PERKARA WAJIB, TAMBAH PERKARA SUNAT.

...
...

Perkara-perkara wajib, perlu dijaga seketatnya.

Perkara-perkara sunat, Allah sediakan untuk hambaNya yang berkejar berlumba-lumba untuk meraih cintaNya.

Kita kejar, kita dapat.


KeampunanMu tuhan, lebih besar dari kesalahan insan.



thanks reading my diary

0 Smile for me♒: