Harini mak bangun awal pagi. Aku terjaga pukul 0500 tadi, pelik sebab ada bunyi-bunyi dekat luar. Bila jenguk daripada pintu bilik, oh mak dah bangun rupanya.
“Aik, awalnya mak bangun”
Mak pandang je tanpa jawab soalan aku. Tapi senyap yang lama, sampai aku jadi teragu-ragu betul ke ni mak. Atau………………………………………………. haha okaylah aku langsung tak berniat nak tulis entri kisah mistik. Nanti aku ni haa yang meremang takut sendiri. Taubat.
“Aah, ni haa tengah masak”
“Ohh, nanti jangan lupa kejut orang solat subuh tau mak”
Tu je respons aku.
Banyak je benda aku rasa nak tanya sebenarnya. Apa yang mak tengah masak? Kenapa awal sangat? Tapi aku masuk dalam bilik balik, mamai dan rasa nak tidur lagi. Badan masih penat dengan perkara-perkara semalam. Izinkanlah aku tidur ye mak. Lalu aku masuk bilik, tutup lampu.
Pagi tu, terjaga sendiri pukul 0600. Yelah, biological clock aku kalau dekat rumah. Kalau dekat hostel, aku akan bangun awal sikit bangun sebab nak study and buatlah apa-apa yang boleh in the meantime tu. Selimut ditolak ke tepi, lepastu aku terus keluar jenguk mak. Bau masakan mak sedap gila namateyy (nak mati). Tapi pukul 0600 pagi, masa semua orang tengah tidur.
“Tu haa, mak dah masakkan cendawan”
“Dengan ayam masak lemak”
“Nanti makan tau”
“Atas meja”
Allahuakbar. Benda yang sumpah priceless.
mak is always a mak.
Ceritanya hari ini, aku nak pergi balik hostel dekat Segamat dah. Nak naik bas pukul 0915 pagi, jadi aku kena keluar rumah dalam pukul 0815. Haritu masa balik home town hari jumaat, aku angkut bawak balik satu paket cendawan sekali. Aku mintak dekat lab officers yang jaga mushroom lab. Terima kasih ya Allah untuk setiap insan-insan yang buat baik dekat aku ni. Semoga Allah sentiasa membalas setiap satu kebaikan yang kalian lakukan, subhanallah maha suci Engkau. Aku memang mudah terharu.
Aku bawak balik lettuce sekali. Sumpah tak ingat apa nama dia dalam Bahasa Melayu, dan malas nak google. Eh! Terlupa dan tak ingat sama ada lettuce atau pun salad, mana-mana lah. Bukan tak tahu nama sayur, aku terlupa je.* #@#$$#&#$$%*
Maka terjawab tak persoalan kenapa aku cakap benda tu priceless?
Ceritanya, mak masakkan cendawan tu supaya aku boleh jamah sebelum aku balik hostel. Mak kena bangun awal sebab mak perlu pergi ke sekolah seawal pukul 0700, kerja. In addition, sebenarnya mak tengah demam sampai takde suara. Maka, mana agaknya mak kaut kekuatan untuk bangun semata-mata nak masakkan cendawan untuk anak dia yang satu ni? Obviously memang untuk aku, sebab aku sorang je anak yang ada dekat rumah ni. Allahu, semoga aku mampu menjadi seorang ibu yang sekuat mak nanti.
Terima kasih mak :’)
Lepastu abah hantar aku dekat stesen bas, kali ni abah yang drive. Aku pulak jadi penumpang untuk hari ni, hihi. Sampai je dekat stesen, aku keluarkan luggage dan dua bagpacks aku; satu 40L, satu lagi 90L. Semuanya memang berat-berat belaka. Luggage warna kuning cerah aku satu tu terisi dengan water samples, seawater daripada Teluk Sengat dan Tanjung Balau.
“Ni apa ni barang banyak sangat ni”
Tak tahu itu soalan ke penyataan. Tapi aku senyap je.
“Dalam bagpack besar ni ada apa? Beratnya”
“Ada buku bah dalam tu”
Betul. Memang penuh dengan buku-buku aku. Tapi ada jugak terselit lima empat buah buku diaries aku masa highschool dulu. Tapi part aku bawak diaries tu aku senyap je, nanti abah sambung dengan tembakan soalan bertubi-tubi pulak. Nanti abah cakap, kan nanti ada memori baru. Hiks.
Masa nak bawak luggage kuning aku naik atas bas, aku perasan ada air yang keluar daripada beg tu. Ahh sudahhhh! Mesti tutup botol tak kemas ni. Aku pun bukak zip luggage, cuba ketatkan tutup bottles dan tutup balik. Tapi, air masih lagi keluar sikit. Alahai, macam mana nak buat ni?.
Pakcik bas suruh bawak naik semua barang dekat atas bas. Sambil tunjuk isyarat tangan ;awak dah boleh naik bas.
“Awak duduk je seat mana-mana”
“Letak je barang awak atas seat, orang tak ramai hari ni”
Aku pandang je pakcik bas tu,
“Em, pakcik. Kite (saya) nak letak barang dekat bawah lah. Ada bawak air dalam luggage kuning ni” Sambil jari telunjuk tangan kanan aku tunjuk pada luggage yang dah basah dalamnya tu. Dekat luar, tak nampak ada air yang keluar.
“Ohhh, awak bawak ikan ke dalam tu?”
“ Tak, air untuk research. Takut seat tu basah nanti” aku menambah sambil sengih dekat pakcik tu. Pakcik bas pun angguk banyak kali, sambil dia bukakkan tempat simpan barang bahagian bawah.
“Ohhh, takpelah. Awak letak je dekat bawah ni”
“Bagpack besar tu pun boleh letak sekali”
Aku angkat dan letak bagpack aku yang seberat anak gajah tu dalam tempat simpan barang, pakcik tu angkatkan luggage kuning aku. Lepastu, aku terus peluk cium abah. Lepastu aku lambai abah. Sikit-sikit, abah hilang daripada pandangan aku. Aku tutup tingkap bas dengan langsir, lepastu tiba-tiba rasa takde mood.
Terima kasih abah :)
Terima kasih jugak pakcik bas :)
Entah, sumbat telinga dengar lagu dan zikir dekat mp3 pun rasa tak kena. Aku kena naik bas seterusnya lepas ni, dua kali bas yang berbeza untuk sampai ke tempat menuntut ilmu. Lepastu, aku baca buku sentuhan al-Akh.
Sampai je terminal Larkin, aku turun untuk ambik barang dekat tempat penyimpanan barang bawah. Hati aku seraya tadi memang takputus-putus doa supaya water samples dalam luggage aku tak tumpah dalam bas. Pakcik tu pun bukak tempat simpanan barang. Aku taksangka satu tempat penyimpanan barang tu dipenuhi air, water samples aku. Nasib baik ada barang aku sorang je dekat dalam tu. Bagpack berisi buku aku basah. Haru sungguh!
Pakcik tu pun marah aku. Aku sumpah taksangka pakcik tu sanggup marah aku kat depan ramai orang yang ada masa tu. Tempat public, dan itu adalah stesen bas. Sampainya hati pakcik.
Aku terus nangis dekat situ, serious.
Haha taklah, haru sungguh kalau nak nangis kat tengah-tengah alam manusia sedang berasak-asak nak naik bas. Nanti gambar aku jadi viral pulak sebab perempuan cantik tumpahkan air dekat bas seorang pakcik bas yang baik. Aku takut jadik trending pulaks, haha sila abaikan sarcasm aku.
Aku tak nangis pun, sebab pakcik tu mana ada marah aku punggg.
“Takpelah, air jeeeew”
“Alaaa. Kesian bas pakcik basah”
“Takpelah”
“Sorry sangat-sangat pakcik. Basah bas tu”
Aku langsung tak mention pun yang tu sea water samples, nanti kalau dah kering dia akan bertukar jadi garam. Lepastu satu bas akan masin. Koff! Kofff!
“Air awak tu cukup tak nanti?” pakcik tu tanya sambil senyum.
Alahai, itu pulak yang pakcik tu fikirkan. Cukuplah pakcik buat aku terharu. Our conversation still ongoing, a lots of thing had came along in our conversation. But, let it be in my memories.
Terima kasih lagi sekali pakcik :)
Aku alih barang letak dekat tepi, lepastu pikir macam mana aku nak buat dengan botol-botol tu? Memang, banyak air aku yang tumpah daripada dua botol besar yang aku guna. Dah tinggal separuh je untuk kedua-dua botol. Kalau aku biarkan selamba badak tarik luggage aku tanpa tukar botol, alamatnya sia-sia jelah aku balik nak ambil water samples. Aku terfikir nak beli air mineral botol besar 1.5 L untuk ganti botol yang takrapat tu, nak buang je air mineral yang ada dalam botol.
Aku tinggalkan kejap beg aku dekat tempat tadi, aku bawak purse dan phone je. Masa jalan nak mencari kedai tu, aku nampak ada satu botol air mineral 1.5 L kosong dekat tepi stesen.
“Boleh jimat duit aku”
Aku pun ambik lah botol tu. Lepastu jalan depan lagi sikit, jumpa satu lagi botol kosong. Aku pun tunduk untuk ambil botol tu. Orang pandang-pandang daripada tadi?
“Ye, dah kenapa kalau aku nak kumpul botol ni untuk recycle. People?”
Aku cakap dalam hati sambil rasa nak tergelak. Bukan pertama kali aku sorang-sorang lepastu buat benda creative macam ni. Tapi aku takkisah pun sebenarnya, kisah apa aku. Asalkan gue dapat nyelesain permasalan gue. Biasalah tu, orang pandang sekejap hiks. Jakun pun sekejap.
Lima minit aku ambil masa untuk settle-kan masuk lebihan air dalam botol kosong tu. Banyak jugak sisa yang ada. Aku sempat perhatikan dekat-dekat dalam water sample aku, ada anak ikan sekali. Haha, kesian anak ikan terscoop sekali masa sakan scoop air laut semalam. Udang kecil pun ada.
“Nak bela lah menatang kecik ni”
“Tengoklah kalau tiga jam sampai Kolej, dia tak mati lagi”
“Tak mati, aku bela”
“Sampai mati”
Haha. Macam jahat kenyataan tu. Tapi aku nak bela je hahahahahaha. Yelah, sampai mati. Sampai ajal ikan-ikan dan udang-udang yang menjadi mangsa scoop aku semalam.
To those who asked me why I went back my home town by using bus instead of using my car, here is the answers. My car was not in a good condition, he was having a grief cough. There’s no medicine that could I give to relieve her cough. Haha, actually my car did have some problem to its clutch. I stopped using it since I thought I may break the gearbox which then will make the repair’s fee higher.
So, aku hanya tunggu my dad and my brother datang nanti.
Screw me; my handphone, my laptop and my car are not in good condition. It happened simultaneously. Semua benda-benda yang penting. Nanti aku share macam mana dah dua minggu aku having life without social media and whatsapp. The important thing is whatsapp, because a lots of works needed to be done and its the medium for discussion. As I just mentioned, screw me. macam-macam dia rosak. Beragak lah wahai semua barangku, janganlah buat hal macam ni. Sis sayang setiap satu kalian (phone, car, laptop).
Paling sayang laptop aku yang dah berkhidmat sejak aku form two :)
Banyak benda aku nak share sebenarnya, haa alhamdulillah yang kali ni dah berjaya diikat supaya tak lapuk dek zaman. Alhamdulillah Allah kurniakan sedikit masa lapang di sebalik kesibukan yang takde berpenghujung. Sebenarnya, hari ni banyak sangat dramanya. Nanti lain kali aku sambung, ada kerja yang perlu dibuat.
Tak, ni bukan kisah mengenai cendawan yang tumbuh selepas hujan. Macam biasa, hidup aku memang penuh dengan drama. Tak, hidup kita realitinya memang penuh dengan drama. Tapi pengarahnya memang the best planner yang pernah kita ada, the greatest almighty. By the way, buku-buku aku dalam bagpack yang basah tu tak basah pun. Alhamdulillah.
Catatan hari ni habis kat sini,
Senyum :)
No comments:
Post a Comment