Pak Mat, seorang pekerja dekat mushroom lab. Hari-hari aku akan datang jenguk mushroom room yang jaraknya selang dua puluh kaki daripada lab aku. Niatnya, memang nak jumpa kucing putih dan hitam yang ada dekat situ. Mula-mula dulu memang masing-masing (Kucing-kucing tu) takut dengan aku, yelah wajar. Sebab aku kan orang baru kat sini.
Kalau aku rasa letih sangat, memang aku cari kucing. Belai, main-main dengan kucing. Itu remedy aku, remedy kau ikut kau laaah.
Tapi bila dah lama-lama, kucing-kucing tu pun dah makin jinak dengan aku. Bukankah kalau tak kenal, maka tak cinta? Hiks. Okaylah, bukan nak bercerita pasal kucing pun sebenarnya.
Nak cerita pasal seorang pakcik india yang kerja dekat situ jugak.
Ada lah one fine afternoon hari tu, aku pun nak buat rutin harian aku macam biasa untuk jenguk kucing-kucing. Macam biasa, mesti Pak Mat ada dalam mushroom lab. Setiap hari jugak aku akan berjumpa dan berbual dengan Pak Mat, sebab aku memang datang tempat dia. Bila sampai tu, soalan pertama aku mesti.
“Hai Pak Mat, mana meow?”
“Tu haaaa, ada tidur dekat bawah meja tu” sambil tunjuk.
Aku pergi dapatkan kucing tu, lepastu sambung berbual dengan Pak Mat.
“Pak Mat, saya tak nampak pun uncle Prakash harini. Biasanya saya mesti terjumpa dia kalau keluar daripada lab”
“Ohh, dia cuti harini”
“Laaaah, yeke”
“Tahu tak, dia (uncle Prakash) sakit jantung. Haritu baru je operate”
“Sebab tu dia kerja kat luar je”
“Takut udara dekat dalam ni takbagus untuk dia”
Yelah, mushroom lab tu penuh dengan hampagas dan kayu-kayu untuk semai dan buat tanaman cendawan. Semerbak bau cendawan, dan tempatnya sedikit tertutup. Kini baru aku paham, selama ni memang bertegur dengan uncle Prakash dekat luar lab je. Selalu cakap jerit-jerit je kalau dia duduk jauh sangat dari aku. Macam kawan dah. Selalu jugak dengar dan bercerita dengan uncle Prakash pasal kucing-kucing dia, dia pun pecinta kucing.
Kesian uncle Prakash.
Wahai anak-anak uncle Prakash, jadi orang berjaya okay? Banggakan abah awak tu, dia masih bertungkus lumus kerja walaupun pada hakikatnya kesihatan tak berapa nak mengizinkan. Moga tuhan menguatkan segalanya.
Hari ni, aku masuk lab lambat sikit. Pukul 1230 tengahari, sebab dari pagi tadi berhempas pulas menyiapkan finale masters proposal aku. Masa aku sedang dalam kesibukan filtering my seawater samples in the lab by using 20 micron plankton net, tiba-tiba pintu makmal rasa macam dibuka. Aku buat dunno jelah. Tapi rasa hairan sikit. Sebab Kak Nurul, lab officer yang selalu duduk dalam lab tu dengan aku tengah ada mesyuarat hari ni. Rupanya uncle Prakash yang jenguk aku.
“Laaaah, kite (saya) ingat siapa lah tadi”
Uncle Prakash membiarkan pintu makmal terbuka dan dia berjalan ke arah aku.
“Haha, taklah nah ambek ni. Sedap”
Uncle Prakash hulur muruku ikan dekat aku. Fulamaks terharunya aku. Aku ambil murukutu, then terus letak atas meja. Sebab nak sambung balik kerja aku yang masih belum selesai.
“Terima kasih uncle Prakash”
Lepastu, our conversation ongoing. Menyambil aku buat kerja aku.
Today, I had isolated the phytoplankton species that I want. Super excited, sampai petang tadi rasa taknak balik bilik. Tapi apakan daya, cukuplah pernah sekali balik malam. Taubat dah. Seram dia nauzubillah dengan keadaan makmal aku dekat bangunan paling belakang dan kampus yang langsung takde orang. Siapa suruh rajin sangat. Padan muka.
Rindu abah, rindu mak.
No comments:
Post a Comment