Pages

Sunday, May 24, 2015

Small World

Bila dah makin membesar, dah makin meninggalkan dunia teen.
I mean, lepas ni dah takde sentence of teen at your level of age (twenty, seventy etc.)

Kita semakin tua, bumi lagilah semakin tua.
Kiamat yang entah datangnya bila takboleh dijangka.
(Dan, bila semakin tua ni. Harapnya semakin matang)

Kita akan makin ramai kenal orang. Sampaikan satu tahap, sahabat-sahabat yang kita kenal sekarang macam main pusing-pusing je. Maka akan keluar sentence-sentence macam;

Laaaa. Kau rapat dengan dia rupanya”
“Ya Allah. Dia bedmate aku dulu”
“Seriously? Dia satu kompeni dengan aku masa PLKN dulu”
"Bae, betullah. Dialah bestfriend aku"

Yang paling-paling cliché dan dah tahap hilang title mainstream adalah;

“Bae, WHAT A SMALL WORLD” sambil senyum.

العالم الصغير

Tapi,
walaupun dunia ni tersangatlah kecil, perjalanan tetap terasa panjang dan memenatkan.
Kadang-kadang terasa amat menyakitkan.

Perjalanan ini takkan terhenti selagi kita belum bertemu Illahi.
Perjalanan ini diperlukan untuk mengumpul bekalan ke negeri abadi.
Perjalanan ini jangan disia-siakan dengan kecintaan pada dunia.

Kerana kelak, kau juga akan merana.

Teruskanlah perjalanan hidup walau pun ianya terasa pahit.
Sebab dunia ni bukanlah tempat berehat.

Dunia yang kecil ni, gunakanlah sebaiknya untuk mengembara.
Mengembara ilmu dunia dan ilmu akhirat. 

Dengan nama Allah yang maha Pemurah lagi maha Mengasihani,
Kau dakaplah hati-hati kami ya Allah.
Kuatkan kami untuk terus istiqamah di jalanMu.
Tunjukkilah kami jalan yang lurus.

Tetap taklupa, Ramadhan semakin menghampiri.
Akan sempatkah kita berada di dalamNya?

Allahuma balighna Ramadhan, amin.
Datangkanlah kami pada bulan penyucian jiwa(tazkiyatun nafs).

Wait. Before that, lets do this and make it as our routine.

"Before you go to sleep, have a 5-10 minutes 'post-moterm' session with Allah about your day and what have you been doing. InsyaAllah, it helps you to become a focused muslim."

Sama-sama?

Hadzriena, 25/5/2015

Thursday, May 21, 2015

SUPPORTs.

สนับสนุน
Support. Apoyo. Kekuatan.

Tiba-tiba, ada seorang sahabat datang ke arah aku.
"Ina, bila nak update post baru? Aku dah bookmark dekat skrin fon ni"

Gulp.

Sambung lagi,
“Diorang pun dah bookmark blog kau”

Hari-hari berikutnya, makin banyak kata-kata "support blog menurrul" yang sampai ke telinga.
*ehehh macam perasan tahap petala sentence tu.
Macam;
“kawan aku baca blog kau. Dia rasa nak nanges wehh”
“Ina, aku dahlama tahu kau ade blog. Tapi baru malam tadi aku baca. Tolong aku.”
“Ina, blog kau kebanyakkannya pasal cinta, Hemm aku tahu couple tu salah”
“Ina boleh aku mintak nasihat kau tak?”
“Ina aku tengok kau yang dulu dengan sekarang dah berbeza”
"Emm terasa kena batang hidung. Terima kasih ina"
Etc.
*gerak-gerakkan kaki atas permukaan air tasik kejap*

Dengan nama Allah yang Maha Pemurah lagi maha Mengasihani.

Terima kasih sahabat-sahabat atas semua sokongan.
Terima kasih kerana sukakan tulisan hamba kerdil ini.

Mintalah nasihat daripada orang-orang yang lagi berilmu.
Cuma aku hanya mampu memberi nasihat berdasarkan pengalaman.
Inshaa Allah. Buat yang perlukan sokongan dan nasihat.
Aku tolong selagi termampu.

Aku bukan budak baik. Cuma cuba untuk jadi baik,
Blog ini hanyalah satu perkongsian seorang hamba.

Hakikatnya, kita mirror.
Saling menggapai tangan bila terjatuh.
Saling menegur bila tersalah.

Cerita-cerita dalam blog ini. Cara penulisan,

Aku berusaha untuk jadikan ia dekat dengan hati remaja.
Remaja macam aku. Macam kau. Macam kita.
Dekat dengan hati-hati sahabat aku,

Untuk menjadi seorang penulis. Aku perlukan ilmu yang mantap untuk menulis.
Inshaa Allah. Support korang buat ina rasa bersemangat untuk menimba ilmu.

Inshaa Allah bukan sekadar ilmu yang  hanya ditimba untuk bahan penulisan. Sebaliknya sama-sama menjadi amalan.

Hidup bukan hanya dekat alam maya. Kita ada dunia.
Aku takperlukan berjuta-juta readers untuk membaca.

Cukuplah walau hanya ada seorang pembaca;
Dan hatinya terbuka untuk lagi kenal Allah.
Macam aku.

Cukuplah.

Berterima kasihlah kepadaNya sebab buka hati kita untuk sama-sama menggapai cintaNya.
Terima kasih ya Allah.

Aku seorang pendosa tanpa noktah. Yang dosanya bertimbun-timbun.

Teruslah membaca seandainya ada ilmu yang boleh diguna pakai.
Teruskanlah journey to jannah kita semua.

Sama-sama?


“menulis bukan untuk famous”
Kita kena kuat sebab Allah.
Kita kena kuat untuk ummah.

Dakaplah hati-hati kami ya Allah. 

*Maaflah chatbox dekat tepi dahlama dibuang sebab ina tak suka orang promote-promote barang.


Monday, April 20, 2015

M.A.L.A.S

Sekarang sebenarnya tengah study week. Tapi aku rasa tangan dah gatal suruh menulis..

Benda-benda cliche' bila nak exam.
"Aish. Malasnya nak belajar....."
"Takpa. Belajar malam nak exam nanti"

Rasa macam tuh? Tak bermotivasi betul.*ketuk kepala*
 *ketuk lagi*

Bila kata-kata yang langsung takmembangun ni datang mengetuk pintu hati.
Halaulah sekerasnya. cakaplah,
"Kau taklayak berada dalam kotak fikiran aku"

Kau kata kau "usahawan akhirat"
Mana usaha untuk jadi usahawan akhirat itu ?
"Usahawan akhirat" takmalas belajar. Tak malas !

Umat Islam ni ramai. Jadi kita takboleh bercita-cita kecil.

Umat memerlukan orang yang berilmu.

Setiap kali rasa malas datang menjengah.
Berusahalah mencari sang pemberi semangat.
Fikirkan masa depan. Fikirkan ibubapa.
Ingat, Allah mengangkat darjat orang yang berilmu.

Lagi pun, Mana ada orang berjaya tanpa usaha.

Walaupun bukan berjaya dengan cara perlu belajar.
Usaha memang sesuatu yang perlu. Tepislah sifat malas.

Nabi Muhammad SAW sangat tak menyukai umatnya mengumbar kata-kata 'kalau'
Jadi. Sekarang ni jom ambil buku. Niat belajar kerana Allah.

Mulakan dan teruskan pembacaan ilmu-ilmu Allah.
Allahuma yassir wala tuaasir.

p/s: Next week final. Doakan final ina. 





Friday, February 06, 2015

SKEMA Allah

Sejauh mana SKEMA Manusia boleh bawak kita pada kejayaan ?


SKEMA manusia for certain people.
Kau takde boyfriend kau nerdy, Ketinggalan zaman.
Kau takde rumah besar,** miskinnya...
Kau sekolah biasa, kau taklah pandai mana.
etc.

Sekali lagi aku highlight. only for CERTAIN people.

Manusia memang ada anggapan masing-masing.
Tak salah.

Tapi sejauh mana kau nak berpandu hanya pada skema manusia ?
Skema yang kadang-kadang takde visi dan misi.

Sibuk sangat kejar Skema manusia. Lupa skema Allah.
Lupa segala skema yang termaktub dalam al-Quran.
Terlupa seketika .

Sejauh mana skema manusia untuk 'couple' tuh.
Boleh pandu kau ke jannahNya?
Boleh buat kau ikhlas ingat Allah?

Lumrah manusia memang sering lupa.
Tapi tak akan lah nak biarkan itu jadi reason kau sampai akhir hayat ?
Kita terlupa. Kita kembali balik pada fitrah.

Sebab Allah takkan pernah jemu nak dengar rintihan hambaNya.
Tak pernah.


Buat awak-awak yang baca atau terbaca;
Jom berbalik kepada skema Allah.
*Kita nak masuk syurga ramai-ramai kan ? Janji *
© Copyright 2023 | ALL Right Reserved to Menurrul