Pages

Thursday, June 16, 2016

Mengenai Sesuatu.


Dulu.

Masa mula-mula nak berubah, memang terasa dunia ni sementara.
Memang rasa membaca al-Quran dan buku-buku ilmiah itu hobi.
Memang rasa nak share semuaa ayat al-Quran, hadith, bacaan ilmiah yang pernah dibaca.
Semua rasa nak dikongsi.

Sebab rasa tak adil dalam beratus manusia hanya aku sorang yang tahu.

Jejak pergi surau tu adalah jejak yang sangat-sangat bermakna.
Terasa ada Allah pada setiap langkah, walaupun hanya anjing yang menemani.
Memang terasa takda dah ayat-ayat kasar yang keluar daripada mulut ni (harapnyalah)
Nak join GPTD lah, nmati syahid, nak pergi sekolah pondok lah.
Nak macam-macam. “Nak kembara mencari akhirat dalam kata lain.”

Nak jadikkan Islam as deen, cara hidup.

Perasaan sebak bila kawan-kawan yang masih couple duk call, tanyaa.
“How did u change? I see u different babe. U change. To better

Menangis.

Ingat lagi. Dua malam yang sama, dua orang sahabat duk wassap tanya pendapat itu ini.
Lepastu esoknya aku Nampak perubahan kat blog dia. Blog dia bertukar wajah.
Menangis lagi.

Bila jalan nak pergi kelas, rasa bahagia je. Rasa macam kat sekeliling ada sokongan walaupun hakikatnya kekadang, aku sorang.

Aku takcakap aku limited edition malah sekali perfect dalam setiap perkara.
But that’s it. Bila kita cuba nak jadik perempuan yang Tak dikenali. masturat.

Perasaan tu? Bila meninggalkan apa yang pernah kita buat dulu.
Hanya yang pernah hadapi yang tahu.

Perasaan tu hadiah terindah.
Betul.

Antara hadiah terindah Dia buat aku. Kemanisan tu, hadiah terindah lagi bermakna.

Takpelah. As He know whats deep in our heart. Cuma, pasakkan dalam hati jangan pernah berhenti.

Eh, serious dah jauh daripada tajuk. Hahaha. Terpulanglah nak abaikan atau tak. Sekarang ni nak cakap mengenai sesuatu.
Kenapa menulis? Sebab menulis tu, adalah kata hati. Dan, antara diary untuk dibaca semula bila terasa diri jauh dari Illahi.

Entah. Biarlah setiap bait perkataan itu hanya Allah yang gerakkan hati insan-insan untuk baca, tak perlu dipromote. Sebab aku segan. 

Dan wahai yang memberi komen-komen menyokong walaupun aku takkenal siapa empunya diri, Terima kasih. Walau hanya tulisan di ruangan komen, dah mampu menjadikan aku rasa aku kerdil. Hadiah Allah. Dah cukup menghilangkan sedikit rasa senggugut yang aku rasa, Eh?

Haha.

Moga hati tak dihinggapi sifat riak, takbur, ujub; tiga adik beradik rapat tu. Terima kasih Mato sebab pilih cerpen aku antara top15 walaupun berjela-jela cacat cela yang ada. Moga ada ibrah yang mampu sama-sama diambil.

Dan, terima kasih sahabat yang takpernah berhenti menyokong; Amirah Aszeli.

Dan, terima kasih Allah untuk rasa bahagia setiap hari yang Kau beri. Terima kasih Allah untuk semua orang yang pernah hadir dalam hidup ini, sama ada  yang meninggalkan kenangan baik atau buruk.
Semua bermakna. valuable.

Please bare in your mind. Each of us is valuable. 

Be amazing just the way u are. 
Each are, limited edition.

Yang menulis dengan hati,
Saya.

Yang dah terlanjur membaca,

Awaklah.

okey gurau.

Wednesday, May 04, 2016

Lembiknya hati.

Mudah terasa hati,
cepat rasa kesian kat orang, 
Takboleh hidup tanpa coretan di diari,
Anggap takpernah ada orang jahat kat dunia ni.

Masa gembira nangis, masa sedih pun nangis.

Takpandai meluahkan apa yang isi hati rasa,
Means if sedih memang hanya pendam sensorang.
Thats me and everyone can be my haters, if u want.

But i just will be only me. A Nurrul Hadzriena.

Kadang-kadang terasa macam lembik, tapi Allah tu sebaik-baik perancang.

I know that He made us for something.

Kadang-kadang memang rasa terbeban. Tapi, apa yang jadi beban tulah sebenarnya kebahagiaan,

Kadang-kadang air mata yang jatuh itulah kekuatan.

We never can estimate what will happen. So, be kind. Spread the loves and 

BE SOMETHING.

Adios
I got class.

-Nurrul Hadzriena, Faculty of Resource and Technology Science-




Monday, May 02, 2016

Sabar.


Maka, bersabarlah dengan sebaiknya.


Kesunyian terasa diganggu bila disapa suara Afza, sahabatnya yang amat dikenalinya.

"Nak kahwen"


Falidi mengembangkan hidung memandang sahabat di sebelahnya. Kening mata kanan diangkat sedikit. Buku Anthem tulisan Hlovate yang dah dibaca buat yang ke berapa kali ditutup. Ditandakan pada mukasurat 118.

Ayat yang sama. 

Hari-hari.

Dah biasa.

"Sepatutnya dah biasa. Tetapi bila si Afza ni cakap macam ni hari-hari, aku pulak terasa nak kahwen. Alahai sahabat seorang ni. Kang kena hempuk jugak hari ni" gumam Falidi sendirian.

"Setiap kali aku cakap, reflects kau mesti macam tu kan? "Afza mengomel.

Falidi bangun daripada posisi meniarap. Diletakkan bantal busuk kesayangannya di atas katil dan duduk betul-betul di hadapan Afza. Parah dah kawan aku sorang ni. Padahal umur baru je jejak 20 minggu lepas.

"Bagi.... aku....reasons.... kenapa.... kau... nak ....kawen? " satu persatu ayat soalan itu dilontarkan serta pengharapan jawapan yang logik daripada sahabat dihadapannya itu.

"Sebab aku single"

"Logiklah aku rasa nak ada seseorang. ye dak?"

"Tapi aku takminat sesiapa. Is that weird Falidi? "

..................................................................

Beberapa saat selepas luahan tak diduga tu, Falidi menjawab.

"Macam nilah Afza Haneez binti Hayrat . Goals kau dengan goals aku lain walaupun umur kita sama, satu species- manusia yang cantik hehehehe. Aku single kau pun single-sama lagi. Nahlah amek buku aku ni, baca"

Diari Falidi dihulurkan. Diari bertukar tangan daripada tuan diari kepada sahabat si penulis diary.

Goals Iliya Falidi Hanan binti Wazir Ammal;

20-21 setengah tahun;
duduk rumah dakwah. Ajar budak-budak ngaji. Ada peluang jadik murabbi adik-adik usrah asasi. Join sebanyak mana program. Al-quran one day one juzuk. Busy mana pun, dhuha taktinggal. Getting dean list for every semester! tahajjud............... Hafal sebanyak mana surah-surah al-Quran... (etc banyak sangat Falidi tulis)

22 tahun;
graduate with dean list. Bring along my daddy, mom and family here, watching me taking the scroll of my achievement.

23 tahun;
Kahwen with anyone been set by Allah (i really put my full faith in this, Allah). Doing my MASTER along--- Part ni takkisahlahlah kahwen dulu or buat MASTER dulu.

stop. Afza tutup buku diari sahabatnya.
................................................

"Aku dah faham dah Falidi. Thanks beb"

Falidi senyum , " Dah tu, kongsilah dengan  aku beb, "

"Hmmmmmmm. Dalam umur kita sekarang ni. Kita kena set goal untuk diri sendiri. Goals i mean. Then anything yang takpenting dan takde kena mengena dengan goals kita tu. Ketepikan jauh-jauh"

Dua bibir mengukir senyum.

Sambung Afza, "Tapi kau takkisahkan kalau lepas ni aku still cakap benda-benda macam tu? hehehhehe"

"Hahahahahha dah agak. Alaa takkisah pun. Lumrahlah sayang perasaan perasaan macam tu. Cuma jangan terlalu serious sampai ada rasa jeles tengok orang lain sibuk couple. Sampai ada rasa sunyi yang terover sebab single blablabla. I will not tolerate with that kind of stuffs. Tolerate sikit bolehlah. Tapi sikit je"

"Lagipun Allah jage hati kau, dear. Ingat tu"

"Dia nak kau setia dengan Dia dulu"

Ha, satu lagi nak pesan.

"Jangan pernah cakap kau sunyi selagi aku ada depan mata boleh tak? Nak cakap macam tu, tunggu aku mati dulu"

"hahahahhahahhahahhaha. Sarkastik betul bunyinya. Macam mintak penampar dengan penyataan celupar tu.Thanks Iliya Falidi Hanan bin Wazir Ammal" Terus Afza sengih bajet comel dekat sahabatnya di hadapannya.

Believe me, Sister-hood tu lagi bermakna daripada all these coupling stuffs, macam brother-hood.
............................

Sabar dengan sebaik-baik sabar. Itu kuncinya. Eh eh. Tapi sabar bukan hanya untuk perkara ni. Bersabarlah dalam setiap perkara :)


Single? well Allah is preparing you for someone special.
Keep moving sisters
Be something.

dan,

Maka bersabarlah dengan sebaiknya.












Thursday, April 28, 2016

AKU YANG EGOIS

Yesterday when doing my zuhur prayer, I asked Allah to send “angin rindu” to both of my parents.
I can feel that my ego getting bigger.



Because I really feeling mad and sad as my father do not even call me in this 5 days(within 5 days)

So, after maghrib player my phone was ringing and that was from my father.
I just stood up in front of the phone and watched the screen.


“My dad  calling………..”


Then after some minute,  silent.

Im not answering the call---- which been sent by my dua’ actually. But I miss them so much.

Ayat yang mudah. Aku merajuk sebenarnya.


Today I just cant stand anymore. I just miss them, So I put aside my egos, calling them.
It’s a heal for me to hear your voices abah, mak.



Pelihara mereka ya Allah.


Apa entah. Makin tua aku ni, makin ngengada nak manja. Padahal dah biasa dengan perangai-perangai tak diduga 1001 manusia.
Padahal dah banyak terasa hati yang disimpan sampai sekarang.’
Hidup ni sementara. Kejap je. Semua benda tak kekal. So follow the good vibes and be thankful to every experience that you had gone through.


SEBAB AKU BERPEGANG PADA TIGA PPRINSIP INI;
·         Takda hak bagi seseorang manusia menilai keburukan seseorang
Dan…
·         ALLAH WILL NOT BURDEN THE SOUL BEYOND WHAT A PERSON CAN BEAR.
·         Ikhlaskan hati dalam membuat segala perkara walaupun Nampak kecik pada mata manusia.
Tapi bila aku rasa down,  aku rasa taksedap hati yang datangnya tanpa diduga apalagi dipinta, cepat ayat ni keluar daripada hati.
ALLAH WILL NOT BURDEN THE SOUL BEYOND WHAT A PERSON CAN BEAR.
ALLAH WILL NOT BURDEN THE SOUL BEYOND WHAT A PERSON CAN BEAR.
Diulang banyak kali.

Itu aku.
Korang ada cara korang tersendiri.


Semoga Allah memberkati setiap langkah kita di dunia ini.


PadaMu kami panjatkan doa
Moga dipelihara ditetapkan iman
Dunia ini penuh cabaran

-Jalan Bahagia, Hijjaz-

catatan Nurrul Hadzriena, 6.00 p.m

Adios.
© Copyright 2023 | ALL Right Reserved to Menurrul