Friday, December 08, 2017
Our Baitulmaqdis?
Monday, November 13, 2017
Masih lagi Bayangan
Tadi terbuka satu catatan, draft dalam blog aku yang takterasa nak dipublish. Mengenai persahabatan masa asasi.
Nak cakap, satu benda je yang paling-paling aku rindu. Sumpah rasa rindu yang tak terasa dapat diluahkan. Aku rasa nak peluk sorang-sorang.
*Pejam mata, tarik nafas*
Dan aku mula terbayang.
Aku rindu nak solat jemaah sama-sama, dekat bilik aku.
Maghrib aku jadi imam, Isyak orang lain imam. Tukar-tukar tanpa perlu buat jadual. Masing-masing dah tahu tugasan masing-masing. Hebatkan siapa yang menyampaikan rasa tu?
Tak lain dan tak bukan, Allah.
Tu jelah, aku rindu korang yang suka dengar suara aku. Hakikatnya, banyak benda yang aku rindu. Tapi yang satu ni, paling terkesan dekat hati. Kau pun tahu kan kenapa jadi antara yang terkesan dekat hati?
Teka.
Sebab aku dah kurang solat jemaah.
Aku ada termakan cili ke tadi?
Hati aku rasa sayu. Aku rindu aku. Tapi tu hakikat, sebab tu aku tak malu nak cakap.
Aku ulang, sebab aku dah kurang solat jemaah (i want to keraiiiii why im becomiiiing this fragile). Takkiralah dekat surau, masjid atau pun dalam rumah sendiri. Kecuali kalau ada daurah dan usrah.
Banyak sangat commitments yang semakin bertimbun nowadays , military trainings pun makin memenatkan. kalau aku masih tak curi masa nak keluar pergi usrah dan daurah? Kau rasa kelautan mana hanyutnya iman aku? Syukur, Dia masih tak jemu nak beri peringatan dekat aku. Entahlah, cakap pasal iman ni aku jadi malu.
Aku rindu nak jadi imam korang.
Aku rindu nak peluk korang lepas solat.
Aku rindu nak tinggalkan air liur aku dekat pipi korang.
Hangatnya silaturahim yang terbina tu. Semoga sentiasa hangat, sampai Allah tarik nyawa yang kita pinjam ni. Allah bukan kasik pinjam sekadar kasi, ada tugas besar yang Allah letak dekat bahu kita untuk memakmurkan dan menyebarkan agamaNya yang penuh dengan kebaikan. Kita dah janji kan kawan? Semoga sentiasa tergenggam dalam rabithah.
Okaylah sayang, Isyak dah dekat sini. Aku typed-off dulu. Jaga diri semua, kalian tak pernah hilang daripada doa aku. Aku janji.
Janji ni benda payah. Tapi kalau buat kalian, aku boleh tunaikan. Dengan izin Allah.
Friday, November 10, 2017
Dakapan Ukhwah
Tapi aku masih ambil some point into consideration. Kah!
After all, this is my blog. Jadi tak salah untuk aku meroyan atau pun buat lah apa-apa yang aku rasa terdetik nak buat. Segala lintasan hati yang rasa nak ditulis, maka tertaiplah sedikit di sini.
Aku sambung lagi. Sekali Allah pernah satukan hati-hati kita, selamanya akan cuba diperkukuh walaupun kadangkala nampak retaknya tanpa diduga. Mohon Allah sentiasa satukan dalam rabithah.
Mohon Allah pegang hati-hati kita supaya tak tersasar daripada landasan ukhwahfillah.
Baca balik ayat al-Quran mengenai sungai yang mengalir di syurga, wajah kau yang terbayang. Besar betul impian yang aku letakkan dekat kau.
Indahnya syurga tu dilimpahkan dengan berjuta-juta kebaikan, ketenangan dan kenikmatan.
Aku nak kita sama-sama duduk tepi sungai nanti, sambil letak tangan dalam air. Terasa sejuknya air yang mengalir tu. Aku nak kita sama-sama nyanyi tepi sungai tu nanti, nyanyi lagu panggil ikan kaloi. Masatu mungkin suara kau dah sedap. Maklumlah, dalam syurga. Semua benda-benda cantik.
Subhanallah, indahnya bayangan. Indah lagi kalau bayangan menjadi kenyataan.
Aku nak tangan kau yang bersama-sama aku berpegangan melangkah ke dalam syurga yang memiliki 1001 kenikmatan yang tak terbayang dek akal manusia.
Sahabat, selamanya.
Bukankah kita berjanji nak jadikan bayangan tu sebagai realiti? Jangan mungkir janji?
11/10/2017
Janji.
Thursday, August 24, 2017
Khalid al-walid, panglima pedang Allah.
Saifullah.
Panglima pedang Allah.
Itulah gelaran
yang diberikan kepada pahlawan Islam yang ibarat singa kelaparan apabila
berperang. Beliau bagaikan singa di padang pasir. Apabila mendengar sahaja nama
Khalid al-walid, musuh sudah gerun dan “kalah” dahulu sebelum berperang.
Sebelum
masuk Islam, Khalid al-walid sangat kuat menentang Islam dan turut sama membunuh
tentera Islam semasa peperangan. Tetapi selepas peperangan Uhud, beliau masuk Islam
kerana jatuh hati dengan sikap yang ditunjukkan Rasulullah SAW. Pada waktu itu,
pemimpinnya adalah Abu Lahab dan beliau telah membuat perbandingan antara
peribadi Abu Lahab dan Rasulullah SAW.
“Peribadi Muhammad
melambangkan bahawa dia memang layak menjadi pemimpin. Peribadinya sangat
berbeza dengan Abu Lahab dan pemimpin yang lain. Mereka (pemimpin yang lain)
itu menentang Muhammad bukannya kerana apa yang dibawa Muhammad (agama Islam)
itu tidak benar, tetapi mereka takut kehilangan pangkat dan kuasa. Mereka
menentang kerana keegoan mereka sendiri”.
“Muhammad
menyuruh tentera Islam melayan semua tawanan dengan baik. Situasi ini sangat
berbeza dengan Abu Lahab dan Abu Jahal yang sangat suka menyeksa sesiapa yang
mahu mengaku tuhan mereka adalah Allah”
Sebelum
masuk Islam, Khalid al-walid adalah ketua panglima perang Quraisy. Selepas
masuk Islam, beliau mengikuti peperangan sebagai tentera biasa tetapi tidak
sedikit pun terasa hati. Sebaliknya,
itulah pengorbanan beliau iaitu meninggalkan harta.
Khalid
al-walid tidak menyesal meninggalkan kemewahan dan hartanya hanya sebab beliau
masuk Islam. Beliau berkata, “ Kekayaan dan pangkat akan tinggal di dunia
apabila meninggal dunia, tetapi jika saya mengikut agama yang nabi Muhammad
bawa, pastinya ianya akan berkekalan sehingga ke akhhirat”.
Khalid al-walid
sudah Bersama-sama dan mengikuti banyak peperangan secara langsung seperti
perang Muktah, berperang dengan Rom, menakluki Mesir dan menawan Baitul Maqdis
daripada kuasa Kristian. Dia berperang hanya kerana Allah.
Cita-citanya
adalah mati syahid.
yang menulis,
Hadzriena.
Tuesday, June 06, 2017
Menggapai kembali Mutiara Iman
Wednesday, May 03, 2017
Diary of the day
Sunday, April 23, 2017
Kenapa menulis?
Bismillah mengenai tajuk ni. Bismillah aku akan mula singkapkan satu-satu sebab “mengapa” tu.
Sebab nak berkongsi apa yang aku rasa.
Sebab rasa tak adil ilmu tu aku sorang je yang tahu.
Sebab tulisan aku tulah yang akan jadik reflection untuk diri aku sendiri, bila diri rasa jauh daripada tuhan. Tuhan aku, dan tuhan yang kau kenal juga. Sebaik-baik pencipta, Allah.
Sebab aku nak semua orang sedar hakikat kenapa manusia dihidupkan oleh Allah.
Sebab nak tunjuk setiap orang mampu berubah, walau payah.
Roughly, sebab utama adalah untuk diri sendiri dan berkongsi.
Aku obviously bukan budak sekolah agama.
Aku pun ada kisah jahiliyyah aku.
Aku pun ada kisah macam mana aku berubah.
Semua orang ada.
Dan blog aku ni memang tak mengharapkan pembaca yang ramai pun. Cuma, cukuplah sedikit yang mampu baca guna mata hati. Lagipun blog ni masa awal penubuhan dulu, bukan pasal advices-advices ni semua. Dulu semua pengalaman pasal jalan-jalan, make-up and dipenuhi dengan selfies yang takde sempadan. Dulu memang ramai yang baca. Yelah, human love all that stuffs.
But it changed already. Alhamdulillah.
Dan aku ada kisah macam mana aku boleh jatuh balik ke gaung jahiliyyah. Mungkin fasa tu aku hadapi sekarang. Tapi jahiliyyah fasa sekarang ni, beza dengan dulu.
Aku rasa jauh daripada Allah, tapi Dia takjemu kasik signal kepada hati aku:
Allah tak jemu nak bagitahu aku
“Ina this is not what you want”
“Ina, please start all over again”
“Ina, be something for ummah”
“Ina, you had promised to”
“Ina, I love you”
Allah tu, sentiasa ada.
Dan tak sangka, buku aku bakal dipublished. Sumpah memang tak sangka Allah kasik aku peluang nak tulis walaupun dihimpit kesibukan yang tiada berpenghujung.
Panjang lagi nak dikongsi. Tapi aku ada bulatan yang perlu dihadiri.
Selamat berusrah semua!
Friday, April 21, 2017
Stay up all night?
Friday, March 10, 2017
rindunya sentuhan akhwat
"Realitinya memang ada akhwat yang pilih untuk jadi alumni, walaupun dah lama atas jalan ini. Jadi, syukurilah nikmat dakwah ini sebab tak ramai yang rasa dakwah ni satu nikmat. Tapi, sayu bila ada anggap itu bebanan. kalau kita bersyukur, sepatutnya syukur itu diterjemah dalam amal kita"
Dakwah tu nikmat. Nikmatilah!
Monday, February 27, 2017
My beautiful date
Monday, February 13, 2017
Adding book
Harini bertambah lagi koleksi buku kesayangan aku. Maken bertambahlah pakwe-pakwe aku ni (booooks). Ni antara koleksi yang aku ada, tapi tak semuanya ada kat sini.
Orang pinjam.
Aku suka kalau orang pinjam.
Dan pinjamlah kalau nak, dengan syarat tahu pinjam tahu pulang. Sebab, cuba bayangkan kalau pakwe korang orang amek?
Konfem meroyan tahap petala.
Sure aku memang meroyan kalau hilang, sebab sayang. Sebab beli pakai duit sendiri. Sebab sanggup berat beg dengan buku nak bawak masuk kargo tu. Mana boleh tinggalkan pakwe, aku setia kot.
Dalam kereta aku bawak, dalam flight aku bawak. At least akan ade satu buku dalam beg aku setiap masa.
Tkkisah duit habis sebab booooks, sebab ilmu tu tak berkesudahan.
Hargailah. Sebab mereka kesayangan aku.